Wednesday, April 6, 2011

Antara ucapan terimakaseh dan maaf....


Tak lama dahulu, ada kenalan bercerita tentang teman dia. Aku hanya menulis apa yg aku dengar, bukan menambah perisa atau pewarna tiruan. Begini kisahnya, kisah biasa yang rasanya kita biasa dengar atau saksikan.. Teman itu menaiki kenderaan awam. Dan pada masa itu adalah waktu puncak, seperti biasa tiada tempat duduk kosong, penumpang bersesak2 di dalam keadaan tidak menyelesakan. Teman ini bernasib baik kerana mendapat tempat duduk.

Kerana kasihankan seorang makcik yg agak berumur, teman ini menawarkan tempat duduknya. Tanpa ucapan terimakaseh atau senyuman tawar, makcik itu terus duduk.... teman itu dgn nada agak kesal berkata dalam hatinya...."berat sangat ke nak ucap terimakaseh?, terus duduk je.."

Sekali imbas, memang rasanya agak wajar makcik itu mengucapkan terimakseh terhadap teman itu, kerana menganugerahkan singgahsananya, diwaktu kesesakan puncak.. dan ditambah kemungkinan penghawa dingin kurang berfungsi (ini aku tambah sikit kesannya). Tak patut betul rasanya makcik itu tidak mengucapkan terimakaseh ... kan?

Cuba kita lihat pula dari sudut yang berbeda... sudut keutamaan dan hak. Adakah wajar teman itu duduk bersenang2, sedangkan ada orang yg lebih utama mendapatkan tempat duduk tersebut, seperti orang tua, kanak2, orang kurang upaya dll....Siapa yg lebih utama mendapatkan tempat duduk itu, antara makcik yg tua yang pasti kakinya sudah tidak kuat dan sakit untuk berdiri lama.... atau teman ini, yang maseh muda dan kuat... semata2 mendapat tempat duduk, tersebut atas sebab mungkin kerana dia masuk lebih awal di perhentian yg terdahulu....

Persoalannya sekarang... haruskah makcik tua ini memberikan ucapan terimakaseh dan mengukir senyuman manis, atas sebab dia mendapatkan hak dan keutamaannya kembali.....

atau sang teman muda ini, mengucapkan kata2 maaf lalu menghulur tempat duduk tersebut atas sebab logik... kerana telah mengambil hak makcik tersebut.

Benar, ada tempat duduk khusus untuk golongan seperti ini, dan aku tak menulis persoalan begini, kalau teman ini menawarkan tempat duduk khusus... dan mengharapkan ucapan terimakseh.. memang nak kena pelempang

Ini suatu contoh yang mudah. Dalam kehidupan kita seharian, berapa banyak kita telah memakan, meminum, memakai, mengambil dan menggunakan, hak dan keutamaan golongan yg lebih berhak, secara sengaja atau tidak sengaja..... dan pabila kita mengembalikan hak mereka....kita tanpa rasa malu dan segan, menagih ucapan terimakaseh dan senyuman ikhlas....


Untuk teman yg tersebut... janganlah bimbang dan marah, tidak lama lagi mungkin dalam 10 tahun lagi, giliran anda pula untuk tidak mengucapkan terimakaseh, pabila ditawarkan tempat duduk di dalam kenderaan awam oleh orang yg lebih muda dan kuat...

Dan anda boleh berkata dalam hati ketika itu..."Orang muda ni, susah sangat ke nak mintak maaf, kerana mengambil tempat duduk aku, dahla aku tua".......




Waking up after long hibernation....

My fingers were just frozen dry for the past few month, my head and mind is full of ideas, but my heart and spirit just becoming lazy and lazier.. I have no inspiration nor mood to jot anything down, not even updating photos, which is the past time that I loved.

For the past few months many interesting happened, either for my liking or not. Many miles I have walk, flews and walk again....but the the motivation is just not with me. Perhaps I leaved it somewhere among my old thing in the closet or it lost its way in following me.

This is not like working or thing you do for your living... if you follow your motivation or mood to go to work, then you end up with nothing on your dinner table. That's what most us do nowadays... correct me if I am wrong.

My blogging is free of charge, I get no monetary return... just as a side distraction from everyday dull life.. I don't know, I just don't get the satisfaction nor the pleasure after completing one or two input. Perhaps I have to fight and educate my motivation... not just simply it govern my mood.

Okay, that's enough... With God will, I will start writing again.. and posting photo.... not for admiration or favorable return, but for me to fight and have control on my motivation....

Monday, November 22, 2010

of an owl and a cat and me...






Dear readers, these are actually the main reason I have to step up to DSLR. The owl sitting high on a durian tree in front of my kampung house seem taunting me every morning. Initially I used my old FZ28 to capture the image, but the result was not good. What do you expect from a bridge camera.

And finally I decided, this is it, DSLR is the tool that I need.

The above photo was taken with Sony Alpha A33 with SAL kit lense 55-200mm, Aperture priority.

Sony Alfa...

Dan akhirnya aku beralih jugak ke DSLR setelah bertahun2 menahan kemahuan dan mempertahan kedegilan menggunakan Compact dan Bridge camera. Mungkin ramai kawan dan lawan akan bertanya, kenapa kau tak beli Nikon atau Canon? sepertimana dipakai oleh pengguna lain....

Well, lain padang lain belalang, lain manusia lain kehendak, dan lain isi poket, lainla kemampuan. Hajat hati nak peluk gunung, apa kan daya nak panjat gunung pun dah tak larat.

Aku punya spec mudah saja
  • Kamera ni mesti entry level DSLR. Faktor kos mempengaruhi nafsu aku.
  • Kamera ini mesti mempunyai kelajuan yg tinggi, kalau boleh 10 fps dgn resolusi tinggi. Ini penting sebab aku dah start berminat nak tangkap foto action dan pergerakan laju. Aku dah mula bosan tangkap foto pemandangan dan macro. Kamera Lumix LX3 aku dah cukup bagus kalau nak tangkap foto makro atau pemandangan. Kecik tapi padu.
  • Dan kalau boleh, kamera ni bolehlah tangkap Full HD video. Tak payahla aku beli handycam.
  • Satu lagi, aku nak yg LCD screen kat belakang tu boleh swivel atau dipusing2kan ikut posisi yg kita nak. Dulu aku rasa tak penting, tapi bila aku nak ambil foto pelumba basikal di LTDL yg diadakan di KL, aku kena hampir baring sebab nak dapatkan sudut rendah.
Maka aku pun mulalah surf net, baca review, tengok youtube dan mula2nya yg tersenarai adalah 550D dan D3100 yg agak baru. Antara dua tu aku dah terpikat dgn D31000 sebab faktor harga, dan ia adalah produk baru dgn teknologi yg terkini. Sony ni tak masuk list aku pun pada mula2nya walaupun apa yg aku nak, ada pada produk ni.

So berjalan la aku ke Low Yat, Pertama survey harga. Aku dah boleh terima si D3100 walaupun dia takde ciri yg aku nak...janji kualiti dia bagus.

Kemudian aku balik kampung sebab Iddul Adha, ronda2 sikit bandar Muar sambil nak pekena mee bandung + air batu bandung + rojak petis + apam balik. Aku pun singgahla kedai yg dulu aku beli Fz28 aku dulu, tanya2 pasal kamera. Kat kedai tu ada jual D3100, 550D, D90, 60D dan macam2 la..... adalah kat hujung tu Alpha, yang langsung tak menarik perhatian aku.

Tanya tokay tu, apakah kamera DSLR yg sesuai dengan bajet sebegini.. dia syorkan 1000D, D3100 dan A33. Dan dia cakap A33 ni hot item la... banyak terjual. Aku tanya, dia ada ke ciri2 yg aku nak?.... aku rasa tak payah tulis sini, aku balik rumah,... 2 hari surf net cari review, comparison dll.

Dan akhirnya aku beli SLT Alpha A33 sebab ciri2 di atas yg aku nak. Dr segi harga, dia sebanding D3100 tapi murah dr 550D. Nak cari flash third party dia agak susah, sbb dia punya hot shoe agak pelik, kena pakai adapter. Buat masa ni aku pakai internal aje la.

Dia tak ada OVF, cuma ada EVF.. so kalau sesiapa suka OVF, kamera ini tak sesuai utk anda.

Ciri tambahan yg dia ada
  • Kamera ni ada autoHDR. Biasanya kita kalau nak buat HDR akan ambil continuous shot biasanya 3 kali dgn exposure berbeza, underexpose, normal dan overexpose. Hasilnya kita akan gabung di software PC. Dgn kamera ni, dia dah ada built in AutoHDR dan dia akan create HDR automatik.
  • Kamera ni ada Twilight shot. Biasanya kalau kita nak ambil shot dlm keadaan cahaya rendah, kita akan pakai tripod atau tangan kita mantap mcm Transformer. Dgn feature ini, kamera ni akan ambil multiple shot... 6 imej kut... kemudian dia akan superimpose masing2 utk hasilkan imej dgn noise yg rendah.
  • Ada panorama... ini pun biasanya kita pakai software utk efek ini. Kamera ni, kita just select panorama, tekan button, dia akan ambil multiple shot sambil kita gerakkan kamera ikut arah seperti dlm LCD. Bila siap, dia akan proses dan hasilnya, panorama foto.

Sebenarnya ada satu sebab utama kenapa aku kene bertukar ke DSLR.... sebab tu duduk kat pokok durian depan rumah aku....akan ku tulis dlm blog seterusnya...