Well, lain padang lain belalang, lain manusia lain kehendak, dan lain isi poket, lainla kemampuan. Hajat hati nak peluk gunung, apa kan daya nak panjat gunung pun dah tak larat.
Aku punya spec mudah saja
- Kamera ni mesti entry level DSLR. Faktor kos mempengaruhi nafsu aku.
- Kamera ini mesti mempunyai kelajuan yg tinggi, kalau boleh 10 fps dgn resolusi tinggi. Ini penting sebab aku dah start berminat nak tangkap foto action dan pergerakan laju. Aku dah mula bosan tangkap foto pemandangan dan macro. Kamera Lumix LX3 aku dah cukup bagus kalau nak tangkap foto makro atau pemandangan. Kecik tapi padu.
- Dan kalau boleh, kamera ni bolehlah tangkap Full HD video. Tak payahla aku beli handycam.
- Satu lagi, aku nak yg LCD screen kat belakang tu boleh swivel atau dipusing2kan ikut posisi yg kita nak. Dulu aku rasa tak penting, tapi bila aku nak ambil foto pelumba basikal di LTDL yg diadakan di KL, aku kena hampir baring sebab nak dapatkan sudut rendah.
Maka aku pun mulalah surf net, baca review, tengok youtube dan mula2nya yg tersenarai adalah 550D dan D3100 yg agak baru. Antara dua tu aku dah terpikat dgn D31000 sebab faktor harga, dan ia adalah produk baru dgn teknologi yg terkini. Sony ni tak masuk list aku pun pada mula2nya walaupun apa yg aku nak, ada pada produk ni.
So berjalan la aku ke Low Yat, Pertama survey harga. Aku dah boleh terima si D3100 walaupun dia takde ciri yg aku nak...janji kualiti dia bagus.
Kemudian aku balik kampung sebab Iddul Adha, ronda2 sikit bandar Muar sambil nak pekena mee bandung + air batu bandung + rojak petis + apam balik. Aku pun singgahla kedai yg dulu aku beli Fz28 aku dulu, tanya2 pasal kamera. Kat kedai tu ada jual D3100, 550D, D90, 60D dan macam2 la..... adalah kat hujung tu Alpha, yang langsung tak menarik perhatian aku.
Tanya tokay tu, apakah kamera DSLR yg sesuai dengan bajet sebegini.. dia syorkan 1000D, D3100 dan A33. Dan dia cakap A33 ni hot item la... banyak terjual. Aku tanya, dia ada ke ciri2 yg aku nak?.... aku rasa tak payah tulis sini, aku balik rumah,... 2 hari surf net cari review, comparison dll.
Dan akhirnya aku beli SLT Alpha A33 sebab ciri2 di atas yg aku nak. Dr segi harga, dia sebanding D3100 tapi murah dr 550D. Nak cari flash third party dia agak susah, sbb dia punya hot shoe agak pelik, kena pakai adapter. Buat masa ni aku pakai internal aje la.
Dia tak ada OVF, cuma ada EVF.. so kalau sesiapa suka OVF, kamera ini tak sesuai utk anda.
Ciri tambahan yg dia ada
- Kamera ni ada autoHDR. Biasanya kita kalau nak buat HDR akan ambil continuous shot biasanya 3 kali dgn exposure berbeza, underexpose, normal dan overexpose. Hasilnya kita akan gabung di software PC. Dgn kamera ni, dia dah ada built in AutoHDR dan dia akan create HDR automatik.
- Kamera ni ada Twilight shot. Biasanya kalau kita nak ambil shot dlm keadaan cahaya rendah, kita akan pakai tripod atau tangan kita mantap mcm Transformer. Dgn feature ini, kamera ni akan ambil multiple shot... 6 imej kut... kemudian dia akan superimpose masing2 utk hasilkan imej dgn noise yg rendah.
- Ada panorama... ini pun biasanya kita pakai software utk efek ini. Kamera ni, kita just select panorama, tekan button, dia akan ambil multiple shot sambil kita gerakkan kamera ikut arah seperti dlm LCD. Bila siap, dia akan proses dan hasilnya, panorama foto.
Sebenarnya ada satu sebab utama kenapa aku kene bertukar ke DSLR.... sebab tu duduk kat pokok durian depan rumah aku....akan ku tulis dlm blog seterusnya...
1 comment:
Nice camera... follow me back yeah... we can sharing photography
Post a Comment