Salam sejahtera tuan-tuan, puan-puan dan saudara-saudariku sekalian. Syukur ke hardrat Illahi, atas izinNya dan sumbangan derma ikhlas dari para dermawan dan peluh keringat sukarelawan, Surau Kampung Parit Amal Darat, Muar, Johor telah selamat siap dibina..... kira2 90% siap.
Alhamdulillah, setelah hampir 10 bulan dari tarikh permulaan (awal November 2007) kerja-kerja pembongkaran surau lama, yg diperbuat dari papan dan kayu.... Surau baru yg dibina dari konkrit dan simen selamat menerima jemaah pertama untuk Solat Terawih pada Ramadhan 1429H.
Menurut AJK Surau, dana yg terkumpul adalah sekitar RM80,000+, dan perbelanjaan utk kerja-kerja berkaitan pembinaan menelan belanja kira-kira RM75,ooo+.
Menurut beliau, banyak sumbangan yg diterima dari penderma-penderma yg tidak dikenali.
Sumbangan material yang terdiri dari bahan-bahan binaan dari para dermawan memberikan impak yg besar terhadap terdirinya bangunan ini. Pada hari ucapan perasmian pembukaan, Imam surau sangat terharu.... menangis tak dapat meneruskan ucapan kerana terharu dgn kerjasama dan sumbangan yg diterima.
Tidak lupa setinggi-tinggi terma kaseh atas sumbangan keringat dan tenaga kerja sukarelawan, dari sekecil-sekecil mengangkat papan atau batu, sehingga sebesar-besar mengendalikan JCB... dari yang tiada kepakaran (mcm saya) membina sehingga kepada tukang kayu dan pandai rumah, dgn kepakaran mereka membina surau ini.
Di sini saya ingin mewakili kariah dan penduduk Kampung Parit Amal Darat, Muar, Johor... merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kaseh dan terharu di atas sumbangan ikhlas tuan-tuan, puan-puan dan saudara-saudari sekalian.... sama ada dari segi sumbangan kewangan, material atau tenaga kerja....
Semoga sumbangan dan jasa baik ini diterima Allah sebagai amalan soleh/solehah dan mendapat imbalan yg setimpal sama ada di dunia atau akhirat....
Jasa baik tuan-tuan, puan-puan dan saudara-saudari sekalian tidak dapat kami balas.
Nota: buat masa ini, Surau ini maseh memerlukan sumbangan utk sistem pembesar suara. Kepada tuan-puan yg berhasrat utk memberi sumbangan, sila hubungi saya.
No comments:
Post a Comment