Hari aku pulang lewat sikit sebab ada banyak yang perlu diselesaikan. Setiba di hotel, masuk pintu yg berpusing2, Mr security say hello. Waktu di dalam lif yg kecil, rasanya muat orang sebesar aku cuma 3 orang, terpampang nota bertulis "Mogok umum sistem pengangkutan di Athens pada hari Selasa 27/4, bermula jam 11 dan berakhir jam 17". Gawat ni, sebelum ni ada jugak mogok, tetapi hanya melibatkan pemandu taksi. Aku tak naik sangat taksi, sebab tambangnya agak mahal... kalau naik hari2.. boleh bankrap aku.
Sewaktu pulang dari Carrefour yg tak jauh dr Hotel, aku bertanya dengan pekerja Hotel, mogok ni akan melibatkan sistem Metro tak (mcm LRT dan Komuter la)? Dia menjawab, mogok ini akan melibatkan semua sistem pengangkutan. Aduh, kacau.... setiap hari aku harus menaiki 3 metro untuk sampai ke ibupejabat pelanggan... Omonia ke Monastiraki... kemudian tukar ke Metro line 2, Monastiraki ke Dukissis Plankentisis... dari situ tukar naik urban railway (yang seperti KLIA rail) ke Kiffisias... dan seterusnya berjalan dlm 200m ke opis customer. Perjalanan mengambil masa 45 minit hingga ke 1 jam. Nampak gaya, aku kene turun awal esok... jam 7 lebih dah kena keluar rasanya. Dan waktu pulang, pasti padat macam sardin.
Minggu lepas waktu aku ke Syntagma (salah satu stesen Metro yg terbesar) ada kesan2 demo dan pendemo yg berkhemah di situ... berhadapan bangunan parlimen. Ekonomi negara ini semakin parah. Dan dengar khabar, pemerintah minta bantuan IMF... dan seperti biasa, IMF akan kenakan pelbagai syarat yg menyusahkan rakyat.....menaikkan kadar cukai, kerja lebih masa, pengurangan perbelanjaan, pemotongan subsidi dan bantuan tertentu.... Rakyat di sini marah kerana pemerintah yg terdahulu berbelanja terlampau boros dan banyak berlaku korupsi, terutama sewaktu projek Olimpik Athens. Wang pinjaman digunakan sewenang2nya dan akhirnya akibat kerajaan yg tak cekap dan amanah, rakyat yg terpaksa menderita. Hutang belanja olimpik sampai sekarang belum selesai.
Jurang antara yg kaya dan miskin keterlaluan... sikaya minum di cafe2 mewah, naik kereta mewah, .. si miskin meminta sedekah di sana sini. Penagih dadah dan org yg tiada rumah ramai... tidur di pinggir2 jalan, di kaki lima bangunan... di malam yg sangat sejuk dan berangin begini. Agaknya kalau Aristotle atau Socrates boleh melihat ini semua, pasti mereka akan sedih.....
Bila aku berbicara dgn org tempatan di sini , mereka sudah cukup muak dan tak ambil kisah lagi tentang siapa nak mentadbir negara......sistem pendidikan mereka merosot, graduan yg keluar tidak mendapat kerja....
Dan esok sistem pengangkutan awam akan mogok... mungkin kerana membantah kenaikan cukai atau pemotongan faedah. Baru2 ini di ibupejabat pelanggan, mereka mengedarkan flyer dr kesatuan... diberi aku ambil, walaupun sepatah haram aku tak faham tulisan berformula matematik. Ada taklimat dari kesatuan, aku dok situ buat2 macam faham, sebab dah tak ada tempat lain. Isikandungannya, majikan akan memotong bonus sebulan sempena Krismas dan sebulan lagi untuk Easter. Lazimnya mereka akan mendapat 12+2 bulan gaji setahun.
Bila memikirkan ini, aku risau... pabila telaga minyak di tanahair kering nanti....