Monday, April 12, 2010

Anjing penjaga batu



Salam semua, ... sudah terlalu lama aku tak mencoretkan apa2 di dalam ruangan ini. Seakan2 sudah mati, hilang punca dan kering idea. Sebenarnya, waktu aku ke Vietnam kali kedua tempohari, aku berniat nak menulis.. tapi hangat2 tahi ayam... atau mungkin tanggungjawab tugasan lebih menuntut tumpuan...

Aku sekarang berada di bumi Yunani, kira2 sudah 3 minggu. InsyaAllah hujung bulan ini, aku pulang. Orang kata menarik di sini, memang benar kalau untuk maksima 2 minggu pertama... dan kalau datang untuk hanya melancung atau untuk seronok2. Datang kerana untuk melaksanakan tugasan... ada pahit dan manisnya. Sementara aku kat sini, baik juga guna peluang hari minggu untuk melihat2 bumi yg terkenal hebat dengan mitos dan dongeng dewa-dewa, dan sejarah awal tamaddun manusia.

Hari Sabtu lepas, teman sekerja aku dr UK, mengajak aku untuk jalan2 ke pantai Voula A'. Aku pun tak tahu buat apa kalau hari minggu, asyik jalan ke Plaka je, bosan.. penuh pelancung. Kami pun bertemu jam 10.30 am di stesyen Syntagma.. dari situ kami menaiki tram ke perhentian terakhir... dan harus berjalan kaki lagi sekitar 10 minit utk sampai ke pantai tersebut. Komen aku tentang pengankutan tram ni... ia suatu pengangkutan awam yg sangat bagus, mungkin kurang cepat dari keretapi bawah tanah, tapi cekap dan mampu membawa muatan yg banyak. Kenapa Malaysia tak perkenalkan sistem tram ni? tak perlu buat rel terowong bawah tanah, tak perlu buat rel atas jejambat mcm LRT... tapi menggunakan rel di sebelah jalan biasa. Aku rasa belanja untuk bina sistem tram ni lebih murah dari sistem macam LRT.

Pantainya berbatu2, tak banyak berpasir macam pantai kat tempat kita.... airnya jerneh sekali. Kalau bukan kerana cuaca dingin dan berangin, nak jugak aku mandi sekejap. Ada jugak orang tempatan yg mandi, tapi tak ramai. Mungkin musim panas nanti, ramai la ikan duyung kut.

Masa aku nak turun tangga ke arah satu pantai di mana kawan aku berada, ada seekor anjing putih besar... menaiki tangga dr arah pantai. Aku bagi laluan kat dia, manalah tahu nanti dia nak gesel2 kat kaki aku, kes naya. Aku tengok di mulutnya, ada sebiji batu agak besar. Anjing ni rupanya menggonggong sebijik batu, dan dibawa ke atas. Aku turun bawah, berjumpa kawan aku... dan dia tengah sibuk mencari2 batu yg menarik. Katanya dia nak bawa balik ke UK.

Dia minta aku mengambil fotonya... sementara di duduk di tangga, aku keluarkan kamera dan terus tangkap gambar berlatarkan pemandangan yg cantek....dan ada seekor anjing putih di belakang, merenung kami. Aku rasa anjing tu syak kawan aku curi batu kat pantai tu. Kami beredar menuju ke arah lain. Dan dari jauh, aku lihat anjing putih tadi mencari2 sesuatu di dalam air... dia cari batu yg kawan aku ambil mungkin.




1 comment:

GraFiQuE said...

welcum beck orgmuar.. ala, naper tak amik pict anjing tuh.. kesian anjing tuh bila terkenang.. isk isk isk