Baru pagi tadi, seperti rutin biasa kalau aku pulang ke kampung, aku akan ke Pantai Leka, Parit Jawa di awal pagi. Sebelum aku memilih dan membeli ikan segar di pasar, atau sebelum sarapan pagi nasi panas dengan ikan asam rebus , aku akan bersantai di tepian Pantai Leka.
Kadang2 aku terleka melihat burung botak, burung bangau, burung2 kecik yg aku tak tahu spesis apa dan ikan belacak. Dan pagi ini, ada tetamu yg menarik, garang dan pantas turun dari langit, dgn kuku tajam mencari mangsa...si helang laut.
Susah betul nak memfokus dan mengambil foto si helang dgn FZ28 aku. Aku cuba gunakan multiple shot, tapi resolusi jatuh dari 9.5 Mgp ke 3 Mgp. Imej tak cukup jelas dan tajam. Aku perlukan kamera yg boleh multiple shot dan maintain resolusi.
Dan Fz100 telah datang dengan ciri2 yg aku mahukan:
- Multiple shot 11 fps dgn resolusi 14 Mgp, 5 Fps kalau dengan AF. Ciri ni penting untuk mengambil foto seperti burung terbang, aksi yg pantas seperti sukan dll.
- Superzoom sampai 24 kali optikal. Ini semua orang tahu, dengan ciri zoom yg tinggi, objek yg jauh boleh kita tangkap.
- Swivel LCD skrin. Ini penting kalau nak tangkap imej dari sudut yg janggal. Contohnya nak menangkap imej dari sudut yg tinggi atau rendah. Aku pernah nak tangkap imej pelumba basikal masa Le Tour de Langkawi dari sudut rendah, terpaksa berbaring sikit.
- Horse shoe untuk external flash. Kita boleh pakai third party punya flash. Internal flash dia tak cukup power. Bolehla pakai flash dgn diffuser utk dapatkan imej yg tak terlalu cerah,
- Full HD video recording. Tak payah beli handycam.
Semua ciri2 di atas memang aku cari. Dan yang pentingnya, aku maseh nak menggunakan kamera Digital Superzoom bukan DSLR. Aku rasa belum masanya aku nak bertukar ke DSLR memandangkan kos dan juga agak susah nak menukar lensa dari macro dan wide angle ke superzoom. Aku perlukan kamera yg kecil, ringan, kos yg berpatutan dan tak memerlukan menukar2 lensa. Memanglah ia tak setanding DSLR dari segi kualiti imej, bak kata org putih "Good at everything, but an expert at nothing". Tapi tak apalah, aku boleh menerima kekurangannya dan mempergunakan sebaiknya kelebihannya.
Nampaknya, Fz28 aku kene masuk Mudah.com kut.....
No comments:
Post a Comment