Tak lama dahulu, ada kenalan bercerita tentang teman dia. Aku hanya menulis apa yg aku dengar, bukan menambah perisa atau pewarna tiruan. Begini kisahnya, kisah biasa yang rasanya kita biasa dengar atau saksikan.. Teman itu menaiki kenderaan awam. Dan pada masa itu adalah waktu puncak, seperti biasa tiada tempat duduk kosong, penumpang bersesak2 di dalam keadaan tidak menyelesakan. Teman ini bernasib baik kerana mendapat tempat duduk.
Kerana kasihankan seorang makcik yg agak berumur, teman ini menawarkan tempat duduknya. Tanpa ucapan terimakaseh atau senyuman tawar, makcik itu terus duduk.... teman itu dgn nada agak kesal berkata dalam hatinya...."berat sangat ke nak ucap terimakaseh?, terus duduk je.."
Sekali imbas, memang rasanya agak wajar makcik itu mengucapkan terimakseh terhadap teman itu, kerana menganugerahkan singgahsananya, diwaktu kesesakan puncak.. dan ditambah kemungkinan penghawa dingin kurang berfungsi (ini aku tambah sikit kesannya). Tak patut betul rasanya makcik itu tidak mengucapkan terimakaseh ... kan?
Cuba kita lihat pula dari sudut yang berbeda... sudut keutamaan dan hak. Adakah wajar teman itu duduk bersenang2, sedangkan ada orang yg lebih utama mendapatkan tempat duduk tersebut, seperti orang tua, kanak2, orang kurang upaya dll....Siapa yg lebih utama mendapatkan tempat duduk itu, antara makcik yg tua yang pasti kakinya sudah tidak kuat dan sakit untuk berdiri lama.... atau teman ini, yang maseh muda dan kuat... semata2 mendapat tempat duduk, tersebut atas sebab mungkin kerana dia masuk lebih awal di perhentian yg terdahulu....
Persoalannya sekarang... haruskah makcik tua ini memberikan ucapan terimakaseh dan mengukir senyuman manis, atas sebab dia mendapatkan hak dan keutamaannya kembali.....
atau sang teman muda ini, mengucapkan kata2 maaf lalu menghulur tempat duduk tersebut atas sebab logik... kerana telah mengambil hak makcik tersebut.
Benar, ada tempat duduk khusus untuk golongan seperti ini, dan aku tak menulis persoalan begini, kalau teman ini menawarkan tempat duduk khusus... dan mengharapkan ucapan terimakseh.. memang nak kena pelempang
Ini suatu contoh yang mudah. Dalam kehidupan kita seharian, berapa banyak kita telah memakan, meminum, memakai, mengambil dan menggunakan, hak dan keutamaan golongan yg lebih berhak, secara sengaja atau tidak sengaja..... dan pabila kita mengembalikan hak mereka....kita tanpa rasa malu dan segan, menagih ucapan terimakaseh dan senyuman ikhlas....
Untuk teman yg tersebut... janganlah bimbang dan marah, tidak lama lagi mungkin dalam 10 tahun lagi, giliran anda pula untuk tidak mengucapkan terimakaseh, pabila ditawarkan tempat duduk di dalam kenderaan awam oleh orang yg lebih muda dan kuat...
Dan anda boleh berkata dalam hati ketika itu..."Orang muda ni, susah sangat ke nak mintak maaf, kerana mengambil tempat duduk aku, dahla aku tua".......
5 comments:
i'm sorry, thank you! ;)
banyak idea yg tersumbat dan tersendat dlm otak... tak tertulis,..:)
kalau dah makcik macam tu org muda apatah lagi..mmmm...kalau pun senang nak cakap terima kasih ataupun maaf tapi susah nak ucapkan..
http://faisalapardi.com/
manusia itu sentiasa diduga
ntah la.. org skrg dah berbeza.. kalau org tua, pikir banyak kali sblm bagi seat. pastu tengok kiri kanan sapa mengharapkan sapa yang bagi dulu..
kalau awek cun, boleh plak dia offer duduk.. huhu
Post a Comment