Friday, January 9, 2009

2009 yang muram...


Akhir tahun  lepas, kira2 2 minggu sebelum 2009, aku terpaksa hantar anak aku ke kota.... utk bersama ibunya...Luqman akan tinggal di sana dan memulakan sessi baru persekolahan di sekolah baru. 

Tiba-tiba aja aku jadi malas dan hilang punca semangat. Hampir sepanjang cuti sekolah  hujung tahun, dia jadi teman tidur sebelah aku... teman jalan2 aku.... teman aku ambil foto... Kini bila dia dah berpindah, suatu kekosongan jiwa betul2 terasa dalam diri aku. Mungkin inilah yg dirasakan oleh ibu dan arwah ayah aku pabila anak2nya seorang demi seorang meninggalkan mereka...

Sepanjang dia duduk dgn aku, aku yakin mempunyai tujuan dan harus dilaksanakan. Sekarang, aku jadi slow, lembab, kurang berdaya maju dan malas....

Semoga dia happy bersama ibunya dan persekitaran baru.... dan aku tak ada kawan nak buat puzzle atau model kapalterbang.

4 comments:

usoPkuChai said...

we never know it until we lost it.. at least you will still have him time over time.. insya-Allah..

Wan said...

I understand your feeling bro...now I feel more happy now with my daughter and son eventhough I am in the position of "tanam anggur".

Life must go on bro....take care of yourself.

Unknown said...

orang muar yang aku kenali sejak tahun 1987 dulu, seorang yang paling cekal dan bijaksana.

Aku percaya apa sahaja yang kau tempoh, kau akan berjaya.

Jika mai KL, cal lah. Boleh sembang, itupun jika kau ada free.

orangmuar said...

terima kaseh teman2 semua atas sokongan moral dan kata2 semangat...