
Ma assalam sahabat2...
Semalam hari minggu.. aku terfikir nak beli kasut sukan and jogging track bottom, memandangkan badan aku pun dah bertambah comel... gara2 terlebih makan lemang, ketupat, lodeh, asam pedas, rendang, ayam masak ungkep dan lain2 yg sewaktu dengannya...
Dalam malas2 tu aku bukak web site Ustaz Zaharuddin... pakar ekonomi Islam Malaysia yang sekarang melanjutkan pelajaran di UK.. aku selalu jugak follow up artikel2 dan pandangan beliau....Tujuan aku kali ini, nak tahu, apa cerita sebenarnya tentang masalah krisis ekonomi yg melanda dunia, bermula dari krisis kredit perumahan di US.... Aku cuba gak tgk2 dlm al Jazeera dan BBC (CNN malas aku nak tengok, balik2 citer Bush, Obama, McCain... and terbaru Palin).. tapi news ni banyak menceritakan kesan dan akibatnya krisis ini.. dan apa yg akan jadi akan datang.. diaorg tak cerita sangat apa punca utama.. dlm bahasa yg aku fahami (kalau bahasa ekonomi aku tak faham la)...
Alhamdulillah, info yg aku cari aku temui... baca punya baca, sampai nak keluar beli kasut dgn track bottom pun macam nak tergendala... berikut adalah kupasan ringkas dari aku.. mengikut kefahaman aku yg terbatas... kalau sahabat2 ada pandangan yg lebih tepat.. sila betulkan..
Krisis ni bermula ....... setelah tragedi September 11, pasaran NYSE merudum teruk disebabkan pelabur2 panik dan menarik balik pelaburan... pakcik Alan Greenspan (penasihat ekonomi US pada waktu itu) menurunkan kadar faedah kewangan di US.... untuk merangsangkan ekonomi US.. disebabkan kadar faedah yg sangat rendah... pelabur2 melihat ini adalah peluang besar utk membuat keutungan... pelabur2 ni termasuk Hegde Fund Manager2 .. yg memperdagangkan wang org lain utk keuntungan yg gila2 banyak..
Hedge Fund manager ni... kerja dia membuat pelaburan base on leveragging.. artinya membuat investment dgn duit pinjaman... dgn mengenakan service caj sekitar 2-3% atas jumlah pelaburan... dan mendapat bonus sekitar 20% atas keuntungan pelaburan... tanpa menerima risiko.. kalau pelaburan untung... dapat bonus 20% (in term of money, dlm berjuta2 USD dlm sekali big deal ) on top of the service caj.... kalau pelaburan rugi, diorg just bagi alasan, salah market atau politik... (best kan keje mcm ni.. kalau untung.. untung gila.. kalau rugi.. untung juga... tapi sikitla).... disebabkan nature keje hegde fund manager yg berisiko terlalu tinggi (risiko terhadap pelabur, bukan hedge fund manager), disebabkan melabur wang berjuta hingga berbillion USD.. mereka tahu, mereka akan sentiasa diselamatkan oleh pihak kerajaan sekiranya mereka pelaburan mereka collapse.. sebab kalau mereka didakwa... dampak ekonomi lebih parah jadinya... (ini lagi best keje mcm ni.. dahlah takde rugi.. untung.. untung.. untung... takde risiko lagi... risiko mati je kut)...
Disebabkan kadar faedah yg sgt rendah di US, maka byklah pelabur membuat pinjaman utk pelaburan... melalui hegde fund manager... dlm tempoh yg singkat je... muncullah berdozen2 jutawan baru... the new super rich... bukan atas usaha mereka atau kepintaran mereka... tapi atas wang pinjaman... kalau dulu super rich adalah hasil usaha, industri dan kepintaran mcm Bill Gates, Steve Jobb, Rokefeller, Lim Goh Tong dll... zaman pasca 7/11, super rich adalah terdiri dari hedge fund manager, yg mendapat durian runtuh hasil wang pinjaman...
Apabila terlalu banyak pelabur membuat pinjaman, bank2 di US kekurangan duit... dah semue org datang buat kredit... maka peningla bank2 ni mcmana nak dptkan hasil lagi... So dgn kepintaran dan kelicikan bank2 di US.. mereka membuat skim pinjaman perumahan utk golongan yg tak berkemampuan (subprime mortgage plan)... mereka melihat pinjaman perumahan utk golongan yg mampu (prime mortgage plan) adalah plan yg sangat bagus dlm menjana modal utk bank2.. so mereka pun membuat plan terbaru ini dgn mengandaikan pulangan yg sama... masalahnya.. golongan subprime ni..adalah golongan yg memang tak mampu membuat pinjaman perumahan... ex convict, jobless, bad credit defaulter dll..
Tapi disebabkan sifat ketamakan dan kerakusan bank untuk menjana modal.. untuk diberi ke hedge fund manager... skim ini berjalan juga... walaupun mendapat tentangan hebat dari pakar2 ekonomi US... Punyala senang nak dapat kredit perumahan di US waktu itu, tanpa tax statement, tanpa salary statement, tanpa downpayment, tanpa collateral, tanpa penjamin.. cume kene ada tangan utk sign agreement je... bank2 akan mencari org utk diberi pinjaman perumahan... tanpa check secara detail latarbelakang peminjam... berbondong2lah org US buat pinjaman, kira mcm skim cepat kaya kat Malaysia la.. dan banyak yg tidak tahu bahawa interest yg dikenakan adalah variable... bukan fix + BLR,... tapi berkadar meningkat mengikut masa...
Pintarnya golongan bank ini, mereka menjual hutang2 subprime ini dan menjadikannya sebagai suatu bentuk pelabuaran lagi... bank credit perumahan menjual hutang kepada bank investment... bank inverstment menjual pulak kepada bank inverstment yg lagi beso.. mcm Lehman brother, Barclay, Hypo, Morgan Stanley, Merril Lynch etc...
Aneh kan, kita biasanya melabur atas sesuatu yg jelas dan tangebile la.. mcm melabur atas kelapa sawit ke, kambing ke, minyak ke, ... ini melabur atas hutang org... kalau org tu tak bayar, boleh ambik ke org tu?
Analoginya macam ini la... A berhutang atas B sebanyak 1 juta dan wajib byr sebanyak 1.5 juta dlm masa 5 tahun kut... disebabkan B nak duit cash segera.. B jual hutang A ke C... dgn 1.2 juta... so B dpt duit cash 1.2 juta...and C akan dapat untung 0.3 juta dlm masa 5 tahun.. C pulak menjual kepada D, E, F.. mengikut tahap risiko yg mereka sanggup terima...
katakan la
mamat D; dia jenis nak no risk.. so dia dpt pulangan rendah tapi terjamin
mamat E; dia jenis nak medium... so dia dpt pertengahan pulangan dan risk
minah F; dia jenis high risk.. dia dpt high gain.. tapi highest risk...
D,E dan F ini... kira mcm bank2 jatuhla sekrg, Merril Lynch, Barclay, Bank kat Iceland, Lehman Brother etc....
untuk sistem ini berjaya... A mesti sentiasa bayar hutang... dan bunga yg dikenakan mestila tinggi... Kalau A tak bayar hutang... sistem akan runtuh...
Ini yg terjadi kat US sekarang.. para peminjam subprime mortgage plan gagal bayar hutang, iyala.. dr awal2 mereka kan memang org yg tak layak.. and secondly.. bunga yg dikenekan variable.. naik setiap tahun... apabila ramai yg default... maka investment jadi runtuh... bank jadi takut utk berikan pinjaman sesama bank.. sebab mereka pun takut bank itu menjalankan skim investment ini...
Dan pelabur2 jadi panic... keluarkan duit dr bank... labur ke tempat yg selamat... emas dan perak... Itula, manusia bila dah terdesak akan kembali kepada Allah..Macam org sakit nak mati... ada dia teriak biniku, keretaku, PS3 ku, sahamku.. dia akan teriak Allah.. atau Tuhan....
Emas dan Perak adalah bentuk pelaburan paling stabil, tidak dipengaruhi politik, masalah kewangan, dan paling mudah ditukar bentuk ke wang ... ckp je nak jual emas.. pasti ada org nak beli... ckp nak jual rumah, org akan tanya.. rumah kat mana, status freehold ke tak, dekat kilang atau kubur tak, ada security tak dan seribu mcm pertanyaan.....
Dan apabila keadaan dah jadi gawat mcm ni.. apa kerajaan US buat.. diorg buatla plan bailout... utk selamatkan industri kewangan dr terus jatuh, dengan menyuntik lebih banyak wang... dan bagaimana US dpt byk wang, kerajaan dia cetak lebih banyak wangla... bila wang lebih banyak berkitar dlm pasaran... inflasi akan berlaku... ini yg berlaku..
Harga minyak jatuh sekarang pun.. dampak dari krisis ekonomi ini.. kekurangan permintaan... faktor yg menentukan harga sesuatu komoditi... Supply and demand.. bila supply berlebih (sbb pump byk sgt baru2 ni sbb harga tinggi) dan demand kurang... automatic harga jatuh...
Yang jadi mangsanya siapa... rakyat biasa yg membayar cukai... sbb wang rakyat digunakan pemerintah untuk bailout syarikat2 besar... dahlah kene dampak kegawatan ekonomi, minyak harga naik, makanan mahal, interest naik.. wang cukai dirompak utk selamatkan syarikat besar....
Dan apa jadi dgn kawan kita si hedge fund manager......
diorg tak kene apa2 pun... satu habuk dampak krisis ekonomi pun tak melekat kat muke diorg... malah diorg sekrg jobless, duduk, and tengah fikir nak habiskan duit yg berguni2 banyak diorg kumpul waktu ekonomi booming... dengar cerita... semue resort kat Bahamas, Canary, Carribean, hampir penuh sekarang.. sbb si hedge fund manager ni dok sana... jobless... sambil memikirkan apa lagi barang mewah diorg nak beli... and waiting list utk kereta Bugatti makin bertambah, begitu juga kete Roll Royce terbaru... Pasaran barang2 mewah maseh seperti biasa.. malah lebih aktif.,...
And latest news, kerajaan US nak turunkan interest rate lagi... bukan ke ini akan start the cycle again... The super rich get richer.... the poor get poorer...