Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Friday, October 24, 2008

Segregation base on grade and the long term effect... E1

Last time, during my primary schooling years, there's an English language learning system where group of  students were segregated according to their English skill.  We gone through assessment test and the result will determine where's our group or set... Set 1, set 2,.. up to set 5. Each time during English class, we will go to our determined Set, in different classroom.. mine in Physics lab.

After schooling years, I was lucky enough to enter science preparatory program in one of the local University. First thing after register, we had to take English assessment test, and students were segregated to classes according to the result.. Class A1, A2, A3.. to F1 in my time. 

 Perhaps the idea is,..... it's easier to teach English lesson this way, where's the teacher/lecturer can have different teaching method for each class. True, it's successful in some extend and I am not against the good intention of the system to improve the student English language skill. What I am concern is.... the segregation effect which are base on grade.

We may solved  the English language education, even not fully. While on the hand, we may create other long term, more permanent psychological effect. Such as feeling of inferiority, feel not as good as, not good enough, ... and pressure. Student, or ex student from lesser skill in English will feel inferior with their friends from the upper group...   and student or ex student from the so called higher skill in English feel pressure to maintain performance. It's can't be denied, a small or manageable pressure is good to maintain or improved performance... but too much can be damaging.  When i mentioned about ex student... I meant ex student.. because till now, there's some of our friends out there felt inferior to others, due to this system....

Why don't we classify or segregate the students base on non hierarchical groups..... such as colors... Merah, Kuning, Hijau,... Kelabu... or any names that does not carry any caste, hierarchical position or comparison. People will surely know, 1 is better than 2...  A is better than B... and or t the  way around  (in my case.. the F is the English smart group)..

People may just say, what a 2-3 years period of English classes base on grade, would have any psychological effect on later life.  Adolescent period is a period of our life's where we are searching for our own identity. We perhaps done many stupid things during this periods, caring less about the consequences and the risk, just for us to have our own identity (I still remember the stupid things I have done... kerja2 bodoh). It's very unfortunate if during this fragile period, we introduce the inferiority. Different people have different level of tolerance, many would just go on, forget and forgive. But some of them ... still dealing with the inferiority feeling.

Then again, the reason why the system implemented.... perhaps "the good of the many outweigh the good of the few"... as always dictate by Commander Tuvok in Stark Trek Voyager, in situation where the crews in dilemma.. either to abort the mission and save the team at the expense of the mission..... or carry on with the mission although it's meant their life in danger..

But I do not agree with him..... if the system will make some of our next generation... carry inferiority complex....

Monday, October 20, 2008

Laskar Pelangi... renungan buatku

Aku maseh seolah2 terkesan dari filem Laskar Pelangi... kisah perjuangan anak2 sekolah rendah di sekolah yg cukup dhaif.. kisah kecekalan dan kesabaran guru2nya.... kisah kemiskinan... kisah kejujuran ... dan kisah ketidakadilan

Mungkin kerna kisah ini berlatarbelakangkan tahun 70an.. ia begitu memicu memoriku utk mengenangi zaman sekolah ku sekitar tahun 70an... Zaman abang2 ku berkasut tumit tinggi, berseluar bell bottom... dan baju kemeja dgn kolar sebesar saputangan.. mungkin itu ideanya dulu, tak payah lap mulut pakai sapu tangan, cukup hanya lap dgn kolar baju...  Lagu2 Melayu-Deli selalu berkumandang di radio ... dgn baterinya yg sudah lemah dijemur.. supaya tambah power.

Kisah Harun dan Lintang, membuat aku betul2 terfikir... mungkin kejayaan kita dlm bidang akademik selama ini.. masuk asrama.. SPM pangkat satu... masuk U.. pergi oversea...  bukan semata2 hanya bergantung atas kecerdasan kita sahaja.. mungkin kerna ada insan2 seperti Lintang dan Harun, yg secara tidak langsung atau langsung.... menyumbang ke arah kejayaan akademik yg kita kecapi...  adalah terlalu sombong kalau kita mendabik dada mengatakan kejayaan akademik yg kita capai.. hasil 100% usaha kita... Lantas kita terlupakan teman2 seperti Harun dan Lintang... 

Sebab itu, orang yg kaya ada berhutang dgn org yg miskin dlm bentuk zakat.. dan begitu juga org yg pintar dan bernasib baik... mempunyai 'hutang' dan tanggungjawab sosial ke atas  org2 yg kurang pintar dari segi akademik... 

Mereka yg kurang pintar dr segi akademik.. bukan kerana mereka tidak pintar.. tapi mungkin kerna mereka tidak berkemampuan, terpaksa berhenti mengejar cita2, tiada peluang, disisihkan oleh sistem yg tidak adil........ Dan juga membuka peluang untuk kita  menjadi pintar....

Sunday, October 19, 2008

Laskar Pelangi... Terima kasih cikgu dan rakanku...


Akhirnya aku dapat nonton juga filem yg begitu popular di sini buat masa ini.... Laskar Pelangi. Sebuah filem adaptasi dari novel terkenal sekitar 2005, karya Anrdrea Hirata. Filem ini dah ditayangkan sekitar 25 November, tapi mungkin kerana terlalu ngetop... susah nak dapat tiket kalau hari minggu. Tadi aku dapat tiket pun, kira last seat... ada tinggal 3 seat kosong.

Orang Jakarta nih, kalau filem yg bagus, mereka akan menonton berkali2... ada teman aku cakap " pakcik, aku udah nonton kali ke 4... mau lagi ke 5".. aduh gawat.. kalau 30% penonton mengulang nonton 3-4 kali, gi mana aku mau dapet karcisnya (tiket). Dan filem ini temanya sesuai benar utk ditonton seisi keluarga, so kalau famili, mereka akan bawakla anak2 mereka....penuh panggung...dgn anak2..... ibubapa.. remaja dan org dewasa...

Antara tarikan kuat  aku nak menonton filem ini adalah, berdasarkan cuplikan (sedutan) di TV, bahasa yg dipakai dalam movie ini adalah bahasa Melayu Sumatera Selatan... so sebutan 'kenapa jadi kenape... kecewa jadi kecewe....dia jadi die.....kita jadi kite'. Dan ada lagu "Seroja" yg dipopularkan oleh Jamal Abdillah dan Mawi... dibawa oleh pelakon2 cilik.

Filem ini berdasarkan pengalaman peribadi sang penulis, berkenaan perjuangan kehidupan 10 anak dari keluarga miskin yg bersekolah SD dan SMP (SD tu mcm sekolah rendah... SMP itu dari form 1-3), di sebuah sekolah Yayasan Muhamadiyyah di Kabupaten Gantong, Pulau Belitung yang penuh kekurangan, kedaifan dan keterbatasan.... berdekatan propinsi Bangka. Ketua guru Pak Harfan, para guru2 Ibu Muslimah, Pak Bakri (yang akhirnya meninggalkan sekolah itu kerana mendapat tawaran di sekolah lebih bagus)... anak2 murid terdiri dari Ikal, Lintang, Sahara, Mahar, A Kiong, Syahdan, Kucai, Borek, Trapani dan Harun ( si anak cacat)

Kisah dimulai bagaimana sekolah yg daif ini diancam akan ditutup oleh departmen pendidikan negeri, sekiranya gagal mendaftarkan sekurang2nya 10 pelajar pada sesi baru sekitar tahun 70an. Bagaimana ketika Pak Harfan membuat ucapan utk menutup sekolah itu di hadapan 9 anak murid dan ibubapa, dan ketika Bu Muslimah berlari keluar utk mencari juga murid yg ke 10 setelah menanti hampir setengah hari... muncul ibu dan Harun, si anak yg kurang dr fizikal dan pemikiran... menjadi penyelamat keberlansungan sekolah daif itu.. utk sekitar 8-9 tahun lagi... 

Mulai dari itu... maka bermulala kisah sebuah persahabatan, perjuangan, pendidikan formal dan tidak formal... bagaimana sekolah yg daif dr segala segi... boleh melahirkan anak2 murid yg hebat, manusiawi...  dan menjadi dewasa.  

Dikisahkan si Lintang, anak yg genius dr segi mental arithmetik, anak sulung nelayan yg miskin (lakonan Alex Komang) yang kematian ibu.... terpaksa naik basikal ke sekolah sekitar 40km... so total 80km pergi balik. Dan dia setiap hari terpaksa berhenti di tengah perjalanan... kerana memberi lalu buaya yg bersarang di kubang di pinggir laluan dia ke sekolah... selepas buaya berlalu dan berendam dalam kubang, barulah dia meneruskan perjalanan...   Aku dulu pergi keje dr Shah Alam ke KL... naik motor bukan basikal... lalu laluan motor... takde buaya pun duduk kubang tepi jalan... dapat gaji lagi tiap bulan... maseh bersungut. Bagaimana dia kehilangan ayahnya ...di tengah lautan... tatakala dia menang kuiz antara sekolah... Akhirnya dia terpaksa berhenti sekolah utk menyara adik2nya yg maseh kecik... sebab dia anak sulung, dia terpaksa meneruskan hidup dan menjadi nelayan seperti ayahnya.... Anak yg paling pintar, dan yg paling bersemangat utk bersekolah, dan coba datang paling awal... tapi akhirnya menjadi murid yg pertama terpaksa berhenti sekolah.. akibat desakan hidup...

Kisah cinta pertama antara Ikal (penulis) dan A Ling, sepupu A Kiong... A Ling anak tokay kedai Cina kat kampung... kali pertama Ikal ternampak jari A Ling, ketika beli kapur tulis sekolah.... selepas itu dia menawarkan diri utk beli kapur tulis....siap menulis puisi cinta utk A Ling.

Kisah Mahar, si anak kecil yg memiliki bakat istimewa ... dalam bidang seni, dan sentiasa ada radio bergantung di lehernya.... bukan radio kecik.. radio transistor yg besar zaman 70an. Setiap kali baterinya lemah..... dia jemur atas bumbung rumah.... taktik sama aku guna dulu utk panjangkan hayat bateri... maklumla.. dulu mana ada duit nak beli bateri. Mahar ini la yg menyanyi lagi Seroja.... aku pun baru tahu lagu ni dulu dibawa oleh Said Effendi, penyanyi50-an  kelahiran Besuki, Jawa Timur. Tapi anehnya, dalam panggung tu.. aku rasa aku sorg kut yg menyanyi ikut lirik lagu tuh.... penonton lain macam terdiam dengar lagu tu... tapi jadi gamat bila lagu Rhoma Irama.. Malam Minggu.. berkumandang... waktu bila Ikal nak dating dgn A Ling, dgn bantuan A Kiong.... kelakar tengok.

Kisah Kucai, ketua kelas, yang tak tahan dgn perangai rakan sekelasnya yang digambarkan macam setan... dan mahu berhenti jadi monitor kelas.... dgn nasihat Bu Muslimah, dia tetap menjadi monitor.... 

Bagaimana waktu musim cuti sekolah panjang.. si Lintang menjadi nelayan membantu ayahnya, si Kucai membantu ayahnya yg kerja di lombong timah, si A Kiong tolong jaga kedai runcit.... Cuti sekolah, budak2 ini bekerja membantu keluarga... bukan relaks mcm sekrg...

Watak Bu Muslimah seorang guru wanita yg cantik, single, muda... tapi sanggup bersusah payah utk mengajar di sekolah yg sangat daif dgn segala kekurangan.... seorang guru yg pintar dan kreatif, bagaimana waktu sekolah lain menggunakan kalkulator utk menghitung... dia mengajarkan anak murid menggunakan batang lidi utk mengira.... kerna ketidakmampuan sekolah... seorang guru yg mengajar kerna tanggungjawab, mungkin kerana sekolah itu diasaskan oleh arwah ayahnya... dan satu2nya sekolah Islam di Belitung.

Watak Pak Harfan, sekolah ketua sekolah.. yang sangat luarbiasa ketenangannya... sabar... sangat dedikasi dgn kerjayanya... bagaimana dia waktu berhujah dgn sahabat lamanya yg bertanya kenapa maseh bertahan di sekolah yg usang dan hampir tiada murid... dia menjawab... sekolah ini mengajarkan pelajarnya dgn hati... bukan materi...  dan sahabatnya akur.. kerana mereka dari pendidikan sekolah Muhamadiyyah. Pak Harfan terus mendidik sehingga ke akhir hayatnya...  tersungkur di meja usangnya....

Terlalu banyak pengajaran dari filem ini...  ramai orang yg menonton filem adaptasi novel, adalah datang semata2 utk membandingkan dgn novel atau sekurang2nya mencari2 kekurangan filem berbanding gambaran minda yg sudah tertulis setelah membaca novel....  kalau itu tujuannya.. akan hilang manisnya sesuatu filem itu.... kita akan menjadi pengkritik filem yg tak digaji...  Ini terjadi pada aku apabila menonton filem Da Vincci Code setelah membaca novelnya... itu aku dah baca sekitar setahun kut... baru filem keluar... Pengajarannya, aku tak akan baca novel, kalau aku dah nonton filem.. atau aku akan baca novel, dah tak akan nonton filem...... atau aku tak akan buat kedua2nya.. kalau cerita tak sedap... nak buat apa buang masa...hehehe

Filem ini mengikut pandangan aku... selain dari penulis mahu menceritakan perjuangan dari sudut pendidikan dia dan teman2nya... dia mahu melahirkan rasa terima kaseh dan terhutang budi... dgn guru2nya yg hebat... Bu Muslimah... Pak Harfan... dan sahabat2nya... Kalau bukan Harun mendaftar sebagai pelajar ke 10, mungkin penulis tidak akan bersekolah, kerana ketiadaan sekolah utk anak miskin... Kalau bukan Lintang yg terus datang  ke sekolah dan memberi semangat kepadanya selepas kematian Pak Harfan dan Bu Muslimah putus semangat,  dia mungkin tak pergi sejauh Sorbone, Perancis utk melanjutkan pelajaran... 

Dan penulis juga menyindir pemerintah yg tidak mempedulikan pendidikan org miskin, apabila mereka ... anak2 org tak kemampuan, terpaksa bersekolah di sekolah yg dhaif dan miskin.. di salah sebuah pulau yg paling kaya di Indonesia... kaya dgn hasilbumi timah. Bukan tidak ada sekolah di sana, tapi sekolah yg ada memakan biaya yg sangat besar... sehingga tidak termampu oleh ibubapa si Ikal, Lintang, Kucai dsbnya.... disebabkan desakan hidup, ramai yg tidak menghantar anak ke sekolah dan rela membiarkan anak2 mereka menjadi kuli di lombong timah... untuk membantu keluarga....

For me... this is a good film, highly recommended... utk tontonton sendiri, bersama keluarga atau sama pacar... 

Friday, October 17, 2008

Demam Kepialu.. Typhoid fever

Ma assalam sahabat...

Ini sekedar information sharing berdasarkan pengalaman aku sewaktu aku diserang demam kepialu di sini pada tahun 2006 dahulu. Kalau ada teman2 yg dari bhg perubatan, silalah komen. Mungkin pada waktu itu, aku baru start keje keluar ... aku expect semue sama mcm kat negara kita. Makan kat warung2 pinggir jalan kira biasalah... ditambah minum air es. Sedap jugak makanan pinggir2 jalan kat sini.

Walaupun ada kawan dah nasehat awal2, hati2 makan.. aku belasah je.. sedap punya pasal. Akibatnya aku kena penyakit yg sebelum ini jarang kita dengar kat sana...  demam kepialu atau tifus dlm bahasa sini.
 
Simptomnya yg paling ketara, ceret-beret tak henti2.. berlarutan sampai seminggu... nasib baik aku byk keje kat kantor buat planning.. kalau ke site.. naya aku. Kalau ceret-beret biasa, dlm sehari dua apabila toksin yg ada dlm perut hilang, dia akan sembuh sendiri. Yang ini aneh... tak henti2... puas minum Pocari Sweat (kira mcm 100 Plus la) utk kembalikan body fluid yg hilang. Keduanya, demam panas.... disertai sakit kepala...  Aku rasa pelik, sakit apa nih, ceret beret + demam + sakit kepala.. demam dia pun kira macam turun naik.. siang OK.. malam demam.. menggigil.  Dan ada titik2 merah timbul kat tangan dan lengan. Sah kene denggi ni... pada fikiran aku la. Aku tanya kawan aku, dia pun syaki denggi gak. 
 
Tubuh aku semakin lemah,.. sehari boleh dekat 10 kali ceret beret... aku makan Chi Kit Teck Aun, tak jalan.... makan Imodium, tak jalan... makan arang hitam, tak jalan gak. Parah ni...last2 aku ke salah satu hospital swasta di sini...  dahlah mahal, bagi obat macam2 .. satu karung plastik beso...  tak mujarab pulak tu. 

Kebetulan aku kene perbaharui Visa, .... dlm flight pun perut meragam semacam je...  masa beratur kat Embassy kat KL utk proses Visa, aku nyaris pengsan... tak jadi aku buat Visa. Aku tahan taxi, terus ke Pantai Medical Center. Doktor check aku... tanya aku keje mana... dia suspek demam kepialu...  dia bagi aku ubat antibiotik yg power..  full spectrum antibiotic Ciprobay fr Bayers... dia akan bunuh semue bakteria yang ada.. tapi ada side effect... selepas makan akan rasa pening dan hilang balance. Betul, aku makan kat situ gak... bila waktu nak balik ke hotel, kat lobi hospital tu gak aku rasa high satu macam... tak larat jalan, aku duduk je kat kerusi dari jam 11am sampai petang.... Power ubat nih. Aku kira dah okay la...

Apabila sampai hotel, malam tu.. perut aku buat hal lagi... ceret beret byk kali sampai pagi...dalam hati aku, apa punya rawatan ni... tak berkesan pun...   Mujur aku teringat, aku pernah ke Hospital Pakar Shah Alam dulu, sebab aku sakit di bhg dlm hidung, terutamanya setiap kali sujud.. mcm nak tercabut mata. Aku pernah jumpa Doktor Pakar apa nama dia.. aku lupa pulak... dia diagnose... bagi ubat sikit je.. suruh aku spray dlm hidung aku. Alhamdulillah, dlm tempoh 2 hari dah kurang, 3 hari terus pulih. Doktor tu bilang, ada jangkitan di bhg rongga hidung aku, so ada lebihan bendalir dlm tu... tu yg bila sujud sakit.. sbb dia bertakung di bwh. Maklumla, hidung kita ni.. semue mcm udara punya kualiti dia sedut.

Berbalik ke sakit aku tadi... hospital ni ada rekod aku, so nurse tu tanya nak jumpa doktor pakar tu balik tak.. aku jawab, yes. Banyak gak pesakit, so selepas tunggu dekat 1 jam lebih.. aku masuk. Doktor tu tanya aku ada ke mana2 ke dlm 2-3 hari lepas... aku jwbla aku keje sini. Dia run check, tengok simptom.. and dia saspek 3 penjahat... Denggi (sbb demam dan ada spot2 merah kut, Malaria and Kepialu. Utk kepastian kene run blood test.  Aku ckp, aku dah ke hospital semalam, tapi tak run blood test la. Dia ckp dia tak akan run Typhoid test, sebab mahal...  Sebelum ni aku dah cakap.. rawatan ini aku bayar sendiri.. so dia faham2la.  Maka, lengan aku dicucuk la, diambil sampel darah.. dah lama gak takde jarum beso cucuk lengan aku... ngeri gak.. nasib baik nurse yg buat, muda.. cun pulak.. heheheh. 
 
Selepas dlm sejam kut... keputusan test darah keluar... hasilnya, negative for dengue and negative for malaria. So doktor ni saspek, takde penjahat lain... kepialu..  dia bagi antibiotik full spectrum Ciprobay... and dia kata obat ini mahal.. so dia akan bagi sikit je.. tengok keputusan after 1-2 hari.. kalau maseh takde kesan positive.. aku mungkin kene masuk wad. Obat ni dia bunuh semue bakteria, dgn sasaran penjahat utama Salmonella. Aku balik hotel, dgn rasa yg lebih konfiden... malam itu aku makan obat tu... terus rasa high... esok pagi maseh ada ceret beret sikit.. makan lagi ikut dos yg disarankan.. high lagi.. Alhamdulillah.. hari kedua, aku dah pulih... berbotol2 air 100 Plus aku minum. The next day aku buat Visa.
 
Dan utk pengetahuan, kos rawatan aku dgn doktor pakar Shah Alam tu, dengan blood test, obat... 1/3 dari kos rawatan aku kat sini.. dahla doktor biasa.. tak berkesan pulak tu.


Demam Kepialu disebabkan oleh bakteria Salmonella enterica. Penyakit ini boleh ditemui di seluruh dunia dan berjangkit melalui makanan dan minuman yg tercemar oleh najis.

Berikut adalah simptomnya:
  • Demam tinggi yg meningkat secara perlahan (39 - 40 Degree Celcius)
  • Tubuh menggigil
  • Ceret beret yg berterusan
  • Sakit kepala
  • sendi2 rasa sakit
  • tubuh terasa lemah
  • dlm kes tertentu, timbul tanda2 bintik merah di tubuh
Berikut adalah saranan utk menghindari sakit ini:
  • Elakkan makan dan minum di warung2 atau kedai2 makan yg tidak bersih
  • Elakkan minum air ais. Kalau nak minum minuman dingin, mintak air botol yg memang dah dingin. Kerana kerbersihan aisnya tak terjamin.
  • Elakkan minum air paip, di negara yg berisiko.. walaupun dimasak. Minum air minuman botol.
  • Selalu mencuci tangan dgn sabun selepas ke tandas.
  • Bacala doa banyak2 sebelum makan....
macam tuan doktor pulak aku



Monday, October 13, 2008

Krisis ekonomi... The Greed Game



Para pembaca yg dihormati... 

Berikut adalah link2 yg bagus kita baca dan lihat... sekurang2nya kita ada kefahaman sikit atas apa yg berlaku dgn ekonomi sekarang... jgn hanya masuk youtube nak tgk video clip lagu terbaru.. atau nak tgk kucing buat perkara pelik.. ini macam aku lah

Ini laman web Ustaz Zaharuddin.. banyak kupasan berguna ttg ekonomi Islam dan masalah ekonomi sekrg...


yang ini dokumentari dari BBC.... sngat bagus utk org yg malas membaca.. macam aku.. heheh...
ada 6 cuplikan... tonton satu per satu..





Krisis Ekonomi.. suatu kupasan ringkas


Ma assalam sahabat2... 

Semalam hari minggu.. aku terfikir nak beli kasut sukan and jogging track bottom, memandangkan badan aku pun dah bertambah comel... gara2 terlebih makan lemang, ketupat, lodeh, asam pedas, rendang, ayam masak ungkep dan lain2 yg sewaktu dengannya... 

Dalam malas2 tu aku bukak web site Ustaz Zaharuddin... pakar ekonomi Islam Malaysia yang sekarang melanjutkan pelajaran di UK.. aku selalu jugak follow up artikel2 dan pandangan beliau....Tujuan aku kali ini, nak tahu, apa cerita sebenarnya tentang masalah krisis ekonomi yg melanda dunia, bermula dari krisis kredit perumahan di US.... Aku cuba gak tgk2 dlm al Jazeera dan BBC (CNN malas aku nak tengok, balik2 citer Bush, Obama, McCain... and terbaru Palin)..  tapi news ni banyak menceritakan kesan dan akibatnya krisis ini.. dan apa yg akan jadi akan datang.. diaorg tak cerita sangat apa punca utama.. dlm bahasa yg aku fahami (kalau bahasa ekonomi aku tak faham la)... 

Alhamdulillah, info yg aku cari aku temui... baca punya baca, sampai nak keluar beli kasut dgn track bottom pun macam nak tergendala... berikut adalah kupasan ringkas dari aku.. mengikut kefahaman aku yg terbatas...  kalau sahabat2 ada pandangan yg lebih tepat.. sila betulkan.. 

Krisis ni bermula ....... setelah tragedi September 11, pasaran NYSE merudum teruk disebabkan pelabur2 panik dan menarik balik pelaburan... pakcik Alan Greenspan (penasihat ekonomi US pada waktu itu) menurunkan kadar faedah kewangan di US.... untuk merangsangkan ekonomi US..  disebabkan kadar faedah yg sangat rendah...  pelabur2 melihat ini adalah peluang besar utk membuat keutungan...  pelabur2 ni termasuk Hegde Fund Manager2 .. yg memperdagangkan wang org lain utk keuntungan yg gila2 banyak.. 

Hedge Fund manager ni... kerja dia membuat pelaburan base on leveragging.. artinya membuat investment dgn duit pinjaman...  dgn mengenakan service caj sekitar 2-3%  atas jumlah pelaburan... dan mendapat bonus sekitar 20% atas keuntungan pelaburan... tanpa menerima risiko.. kalau pelaburan untung... dapat bonus 20% (in term of money, dlm berjuta2 USD dlm sekali big deal ) on top of the service caj.... kalau pelaburan rugi, diorg just bagi alasan, salah market  atau politik...  (best kan keje mcm ni.. kalau untung.. untung gila.. kalau rugi.. untung juga... tapi sikitla).... disebabkan nature keje hegde fund manager yg berisiko terlalu tinggi (risiko terhadap pelabur, bukan hedge fund manager), disebabkan melabur wang berjuta hingga berbillion USD.. mereka tahu, mereka akan sentiasa diselamatkan oleh pihak kerajaan sekiranya mereka pelaburan mereka collapse.. sebab  kalau mereka didakwa... dampak ekonomi lebih parah jadinya... (ini lagi best keje mcm ni.. dahlah takde rugi.. untung.. untung.. untung... takde risiko lagi... risiko mati je kut)...

Disebabkan kadar faedah yg sgt rendah di US, maka byklah pelabur membuat pinjaman utk pelaburan... melalui hegde fund manager... dlm tempoh yg singkat je... muncullah berdozen2 jutawan baru... the new super rich... bukan atas usaha mereka atau kepintaran mereka... tapi atas wang pinjaman...  kalau dulu super rich adalah hasil usaha, industri dan kepintaran mcm Bill Gates, Steve Jobb, Rokefeller, Lim Goh Tong dll...  zaman pasca 7/11, super rich adalah terdiri dari hedge fund manager, yg mendapat durian runtuh hasil wang pinjaman...

Apabila terlalu banyak pelabur membuat pinjaman, bank2 di US kekurangan duit... dah semue org datang buat kredit...  maka peningla bank2 ni mcmana nak dptkan hasil lagi... So dgn kepintaran dan kelicikan bank2 di US.. mereka membuat skim pinjaman perumahan utk golongan yg tak berkemampuan (subprime mortgage plan)... mereka melihat pinjaman perumahan utk golongan yg mampu (prime mortgage plan) adalah plan yg sangat bagus dlm menjana modal utk bank2.. so mereka pun membuat plan terbaru ini dgn mengandaikan pulangan yg sama...  masalahnya.. golongan subprime ni..adalah golongan yg memang tak mampu membuat pinjaman perumahan... ex convict, jobless, bad credit defaulter dll..  

Tapi disebabkan sifat ketamakan dan kerakusan bank untuk menjana modal.. untuk diberi ke hedge fund manager... skim ini berjalan juga... walaupun mendapat tentangan hebat dari pakar2 ekonomi US... Punyala senang nak dapat kredit perumahan di US waktu itu, tanpa tax statement, tanpa salary statement, tanpa downpayment, tanpa collateral, tanpa penjamin.. cume kene ada tangan utk sign agreement je... bank2 akan mencari org utk diberi pinjaman perumahan...  tanpa check secara detail latarbelakang peminjam...  berbondong2lah org US buat pinjaman, kira mcm skim cepat kaya kat Malaysia la..  dan banyak yg tidak tahu bahawa interest yg dikenakan adalah variable... bukan fix + BLR,... tapi berkadar meningkat mengikut masa... 

Pintarnya golongan bank ini, mereka menjual hutang2 subprime ini dan menjadikannya sebagai suatu bentuk pelabuaran lagi... bank credit perumahan menjual hutang kepada bank investment... bank inverstment menjual pulak kepada bank inverstment yg lagi beso.. mcm Lehman brother, Barclay, Hypo, Morgan Stanley, Merril Lynch etc... 

Aneh kan, kita biasanya melabur atas sesuatu yg jelas dan tangebile la.. mcm melabur atas kelapa sawit ke, kambing ke, minyak ke, ... ini melabur atas hutang org...   kalau org tu tak bayar, boleh ambik ke org tu?

Analoginya macam ini la...   A berhutang atas B sebanyak 1 juta dan wajib byr sebanyak 1.5 juta dlm masa 5 tahun kut... disebabkan B nak duit cash segera.. B jual hutang A ke C... dgn 1.2 juta... so B dpt duit cash 1.2 juta...and C akan dapat untung 0.3 juta dlm masa 5 tahun.. C pulak menjual kepada D, E, F.. mengikut tahap risiko yg mereka sanggup terima...
katakan la
mamat D; dia jenis nak no risk.. so dia dpt pulangan rendah tapi terjamin
mamat E; dia jenis nak medium... so dia dpt pertengahan pulangan dan risk
minah F; dia jenis high risk.. dia dpt high gain.. tapi highest risk... 

D,E dan F ini... kira mcm bank2 jatuhla sekrg, Merril Lynch, Barclay, Bank kat Iceland, Lehman Brother etc....

untuk sistem ini berjaya... A mesti sentiasa bayar hutang... dan bunga yg dikenakan mestila tinggi...  Kalau A tak bayar hutang... sistem akan runtuh...

Ini yg terjadi kat US sekarang..  para peminjam subprime mortgage plan gagal bayar hutang, iyala.. dr awal2 mereka kan memang org yg tak layak.. and secondly.. bunga yg dikenekan variable.. naik setiap tahun...  apabila ramai yg default... maka investment jadi runtuh...  bank jadi takut utk berikan pinjaman sesama bank.. sebab mereka pun takut bank itu menjalankan skim investment ini... 

Dan pelabur2 jadi panic... keluarkan duit dr bank... labur ke tempat yg selamat... emas dan perak... Itula, manusia bila dah terdesak akan kembali kepada Allah..Macam org sakit nak mati... ada dia teriak biniku, keretaku, PS3 ku, sahamku.. dia akan teriak Allah.. atau Tuhan....

Emas dan Perak adalah bentuk pelaburan paling stabil, tidak dipengaruhi politik, masalah kewangan, dan paling mudah ditukar bentuk ke wang ... ckp je nak jual emas.. pasti ada org nak beli... ckp nak jual rumah, org akan tanya.. rumah kat mana, status freehold ke tak, dekat kilang atau kubur tak, ada security tak dan seribu mcm pertanyaan.....

Dan apabila keadaan dah jadi gawat mcm ni.. apa kerajaan US buat.. diorg buatla plan bailout... utk selamatkan industri kewangan dr terus jatuh, dengan menyuntik lebih banyak wang...  dan bagaimana US dpt byk wang, kerajaan dia cetak lebih banyak wangla... bila wang lebih banyak berkitar dlm pasaran... inflasi akan berlaku... ini yg berlaku.. 

Harga minyak jatuh sekarang pun.. dampak dari krisis ekonomi ini.. kekurangan permintaan...  faktor yg menentukan harga sesuatu komoditi... Supply and demand.. bila supply berlebih (sbb pump byk sgt baru2 ni sbb harga tinggi) dan demand kurang... automatic harga jatuh... 

Yang jadi mangsanya siapa... rakyat biasa yg membayar cukai... sbb wang rakyat digunakan pemerintah untuk bailout syarikat2 besar... dahlah kene dampak kegawatan ekonomi, minyak harga naik, makanan mahal, interest naik.. wang cukai dirompak utk selamatkan syarikat besar....

Dan apa jadi dgn kawan kita si hedge fund manager...... 
diorg tak kene apa2 pun... satu habuk dampak krisis ekonomi pun tak melekat kat muke diorg...  malah diorg sekrg jobless,  duduk, and tengah fikir nak habiskan duit yg berguni2 banyak diorg kumpul waktu ekonomi booming... dengar cerita... semue resort kat Bahamas, Canary, Carribean, hampir penuh sekarang.. sbb si hedge fund manager ni dok sana... jobless... sambil memikirkan apa lagi barang mewah diorg nak beli...  and waiting list utk kereta Bugatti makin bertambah, begitu juga kete Roll Royce terbaru...  Pasaran barang2 mewah maseh seperti biasa.. malah lebih aktif.,... 


And latest news, kerajaan US nak turunkan interest rate lagi... bukan ke ini akan start the cycle again...  The super rich get richer.... the poor get poorer... 



 

Thursday, October 9, 2008

Mula kerja.. after cuti Raya 1429H


Ma assalam sahabat2...

Hari ini aku baru mula masuk kantor.. selepas bercuti kira2 10 hari kut.. kalau nak kira cuti panjang memangla lama.. tapi mcm tak cukup pulak..  

Bangun pagi ni bukak TV.... harap2 la Selamat Pagi Malaysia atau MHI ke... tapi kecewa .. Berita TVOne... tukar2 channel RCTI, TPI, Global....   terpaksala terima hakikat aku dah sampai sini dan kene start gi keje walaupun hati dan perasaan kat Muar, Johor.

Waktu naik ojek ke kantor, terasa agak kelainan.. sebab udara di sini berseh.. tak mcm selalu.. maybe org kota belum pulang sepenuhnya... tunggu ajela hari Senin depan nih... kualiti udara pasti akan menurun dengan mendadak macam pasaran saham dunia sekarang...  Punyala teruk kualiti udara.. sampai tekak pun boleh jadi sakit dan perit... so dinasihatkan minum air kosong banyak2.


Tuesday, September 30, 2008

Masjid Jame' Muar

Ma assallam sahabat..
Semalam aku ke Masjid Jame' Muar, utk membayar zakat.. untuk diriku dan anak aku...

foto ini aku snap di dlm ruangan wudhu di bhg belakang... rasa nak minum je air dingin dr kolah tu....


Sunday, September 28, 2008

Guide for Qibla direction


Ma assallam...

I got into this problem last time when I want to check the direction of qibla from inside my room.. The typical qibla compass that i have seem does not work properly, the needle not pointing to the same position, when i move around...  Perhaps the room is built with too much steel rods inside the wall.. or interference from any electromagnetic source, which I am sure not strong enough to cause any wrong pointing of the compass needle.. ..
Or simply the room is haunted.. hehehe.. I watch Discovery channel they said that supernatural beings emit electromagnetic radiation.. sort of ectoplasma in "Ghostbuster"... good job Dr Egone.. 

So as usual,.. i refer to the most trusted.. and can be untrusted... source.. WWW.. so far this is the most useful site http://www.qiblalocator.com/#

The  website help us in finding the direction of Qibla, without using compass.. but if you have compass it's better because you can compare with the result bearing.

Just type in your address.. place.. it will overlay a direction to Makkah on top of the map (Google Map)..  You can put the cross hair on top of your house, office, etc.. and the red line will show the Qibla direction. Since the line will cross structure that's familiar (like tall building, funny looking tower, strange tree) to you in your area.. you can use that structure as guide for your Qibla direction ...from your cross hair position...

For me, it's a very useful application,... May Allah bless the creator

You need to be patient, since sometime the application does not recognise your location...
I try checking the important Mosque in Malaysia.. and at my kampung...  they pointed correctly.... 


Thursday, September 25, 2008

Loose Tips untuk melawat Indonesia.... siri 1


Ma assallam...

Ada beberapa orang teman yang mencadangkan aku tulis tip2 yg mudah kalau ingin ke Indonesia, sama ada untuk melancung, shopping, ziarah atau terpaksa.. sebab kerja.. heheh..
Panduan ini hanyala loose tips, bermakna ia hanyala berdasarkan pengalaman aku yg terbatas... dan byk kekurangan... terserah kepada pembaca sama ada nak ikut atau tak ikut.. 

Yang pertama sekali, wang... Kalau boleh tukar ke matawang Rupiah dulu di sana, sebab money exchange kat sini tak banyak dan rate dia kurang menarik. Kalau nak keluarkan duit pakai ATM, ingat mcm Maybank caj RM15 setiap kali transaction kat luar negara. Kalau sesiapa ada HSBC, lagi bagus, sebab sini byk ATM HSBC, dia caj dlm RM2 kut.. aku tak sure. Ada orang kata, tukar dulu ke USD, then tukar ke Rupiah kat sini.. aku rasa kita akan rugi 2 kali...lainlah masa kita tukar USD.. RM Kukuh... then bila kita tukar Rupiah.. USD jatuh....tak payah la.. buat pening kepala je. 

Sebut pasal money exchange rate ni... kalau sesiapa ada Handphone yg pakai Symbian... install application ni  http://www.mobimate.com/.  Pakai yg free version je.. dia boleh update currency exchange rate tiap hari pakai GPRS. Senangla kalau sesiapa yg nak shopping sana and selalu dok bandingkan dgn RM....

Ok.. ini pulak istilah2 yg selalu akan dipakai ... yg lain2 tu kalau nak dok lama sini la
  • WC... ini mungkin perkataan yg paling penting and selalu di guna...  WC ( sebutan; weh say)... bermaksud bilik air.. asalnya dr perkataan Belanda , Wastafel 
  • Antri ... itu maknanya beratur... atau que
  • Macet....jem
  • Bandara ... airport.. dari perkataan Bandar Udara........ Pesawat... kapalterbang
  • Gampang ... mudah
  • Kantor... pejabat
  • Pemerintah ... Kerajaan.. sebab kat sini takde Raja yg memerintah
  • Mobil ... kereta
  • Bensen ...  minyak petrol..... SPBU (sebutan, es peh bay uh) Sarana pompa bensen umum... petrol pump la
  • Mukena ... telekung
  • Rumah makan .... kedai makan 
  • Toko ... kedai
  • nanti aku tambah lagi la
Pengangkutan... kalau boleh naik taxi Bluebird, Express atau Gamya je... sebab taxi ini jalan ikut meter (sini sebut Argo) dan for our own safety la... taxi Bluebird highly recommended... tambang pun murah je.. tak macam driver and tambang kat sana.. kereta taxi sini baru2...boleh la naik Vios baru... kalau dah biasa kat sini, boleh la naik ojek .. taxi motor... tapi kalau utk keselamatan dan ramai naik... pakailah taxi

Timing... sebab kat sini, terutamanya Jakarta jem teruk.. hari2....so kalau nak ke mana2... rancangla betul.. in advance. Paling satu hari, boleh pergi 2 shopping mall je.. sebab jem teruk...

Kesehatan... digalakkan kalau nak ke sini, bawakla bekalan pil Chi Kit Teck Aun ke... minyak angin.. Imodium... Panadol actifast. Di sini, kadar polusi sangat tinggi (terutamanya Jakarta).. so keracunan makanan tu perkara biasa... kene cirit birit tu biasa, especially kalau tak jaga makan... aku dulu pernah kene Typhoid (demam kepialu).. aku akan ceritakan dlm posting akan datang...InsyaAllah

Makan minum... makanlah di rumah makan yg jelas berseh dan halal. Fast food pun banyak sini...  minum hanya air botol mcm Aqua atau mineral water lain. Air paip sini tak selamat diminum, kerana diorg pakai air telaga bwh tanah... kalau ke rumah makan.. minumla air dingin yg dlm botol.. jgn pakai ais.. sebab kebersihan ais tak dijamin

And,... hormatilah orang sini... jangan sangka mereka semua mcm buruh atau pembantu kat sana...  tak rugi hormati dan bersopan dgn org lain... org yg sangat kaya di sini.. jauh lebih banyak dr di sana... 

... nanti aku sambung lagi....

Tuesday, September 23, 2008

Pengalaman di site ...




..."Abang orang Malaysia ke? (dgn gaya bahasa Melayu kita)" , aku masih terpinga2 sambil jawap "Iya pak, saya orang Malaysia (gaya bahasa Indonesia)"..  lantas pemuda itu meneruskan pertanyaan "Abang, Malaysia kat mana?....Saya dulu lama kerja sana... Saya kerja di Johor, Batu Pahat, Muar, Melaka...."..  Haaa Muar, terdetik hati aku....kampung aku tu....

Buat pengetahuan pembaca, kami sedang berada di site atas bukit, di pulau Jawa, berdekatan Bogor, tempat yang agak terpencil... dipenuhi dgn perkebunan singkong (ubi kayu), cengkih, pisang dan ada satu dua batang pokok alpukat (avocado)....Aku terus tanya mamat tu... orangnya sekitar usia 25an la..  tengok badan and muke dia mcm Ami... adik ipar aku...

..." di Muar, kerjanya di mana mas?" ... " saya kerja buat pam minyak Shell kat Tanjung Agas, lama jugala di situ".... hati aku makin melonjak.. macam jumpa sedara rasanya pulak... "SPBU di hadapan Sekolah Sains tu?" aku mintak konfirmasi...  (note: SPBU = Sarana Pompa Bensen Umum, kira pam minyak la .,...).. .. dia jawap "ha ah bang, depan sekolah sains tu... saya kerja dgn Haji  (aku pun tak ingat nama dia dah)..... murtabak dgn mee bandung situ sedap bang..."... kacau mamat ni... dahlah kat tengah2 atas bukit tu.. apa makanan takde... yg ada Indomie pedas kat warung kecik Pak Ukat (penjaga site)... dia boleh pulak citer murtabak Singapura Tanjung Agas.. ..dgn Mee bandung.. ni sure mee bandung Baridah Tanjung Agas... (note: dulu penulis masa sekolah situ, selalu juga kirim kat member yg "fly" malam2 beli murtabak Singapura.....)

... kami ngobrol la lepas tu... tapi tak boleh la lama sangat... karang tak naik pulak first segmant antenna aku (berat 1 ton metrik lebih,   total berat 5 ton metrik)... 

... Inilah kuasa Allah....... siapa jangka...  aku kat atas bukit tempat yg remote mcm ni.. di negara orang.... boleh jumpa org sini yg kerja di hadapan sekolah lama aku... dalam hati aku berkata jugak... nasib baikla dulu aku tak sombong atau buli mamat ni atau kawan2 dia... kalau tak, sure dia ikat aku atas tower 80m tu... heheh...

.. pengajaran jugak buat aku... janganla kita sombong dengan sesiapa, tak kisah org tu buruh ke, pendatang ke, apa2 ke.... kerana kemungkinan ada...  suatu masa kelak.. kalau tak kita, maybe anakcucu kita akan bertemu lagi mereka... atau kawan2 mereka.. di tempat yg asing bagi kita....

Sore tu antenna 1st segmen naik... 
 
Location; Longitude 106.8817831123802, Lattitude  -6.535954526095844






Cabaran mudik di sini




Salam,
Sila baca petikan akhbar Jakarta Post dibawah... Ini adalah realiti normal, cabaran mudik di sini. Beratus orang akan mati... sebab kecelakaan, kelalaian dan tak kurang juga perampokan di sepanjang jalan pulang ke desa.... Sampai polisi terpaksa meletakkan unit penembak jitu mereka, di beberapa titik rawan (terutamanya di jalur yg sunyi). 

Pagi ni aku tengok berita, orang Jakarta dan start mudik, ada satu keluarga yg mudik diwawancara... nak mudik ke Tegal, Jawa Timur dari Jakarta... naik motor, ada 3 orang (laki, bini, anak kecik dok tengah) plus barang2.. perjalanan mengambil masa hampir sehari suntuk... 20 jam... Ada juga kes, anak kecik yg meninggal, gara2 perjalanan terlalu jauh, naik motor... mak bapak dia tak sedar.. bila dah sampai destinasi.. anak dipelukan dah mati.. mungkin sebab perjalanan yg terlalu jauh.. naik motor.

Untuk mengurangkan kecelakaan, pemerintah dgn beberapa syarikat swasta mengadakan kempen mudik bersama...  

Jadi bersyukurla kita, sebab masih boleh mudik ke kampung halaman masing2.. dgn keadaan lebih selamat dan selesa...
Berhati2 di jalanraya dan banyakkan bersabar kalau jalan jem...

http://stephenlangitan.wordpress.com/2008/09/12/mudik-lebaranmudik-bareng-naik-motor/#more-1212


Hundreds died in traffic during mudik

The Jakarta Post ,  Jakarta   |  Mon, 09/08/2008 1:59 PM  |  National

Thousands vehicles were fined and hundreds of travelers were killed in traffic during the Idul Fitri homecoming season last year, the National Police said.

Homecoming, also known as mudik, has become a tradition for many Indonesian Muslims ahead of Idul Fitri, which marks the end of the Islamic fasting month of Ramadan. This year, the Idul Fitri holidays are expected to fall on October 1 and 2

"There were 789 people who died on the road last year, in incoming and outgoing traffic," the National Police Traffic Director Yudi Sushariyanto told the House of Representative's Commission V on Monday.

According to Yudi, there will be more travelers traveling by motorcycle this year than last year.

"We are expecting about 2.5 million motorcycles this year, an 18 percent increase from last year's," Yudi said, as quoted by Kompas.

He added that the increase would render more attention being paid on motorcycle travelers.

"Previously we escorted travelers from Jakarta to Semarang, but now we've received request for a convoy all the way to Surabaya (East Java) and also the route back to Jakarta," Yudi said. (amr)

Monday, September 22, 2008

Balik kampung

Tinggal kira2 4 hari saja lagi sebelum aku pulang ke kampung, atau dalam bahasa orang sini mudik ke desa. Pada awalnya aku dah plan nak beli tiket Syarikat tambang murah Airasia, tapi kenyataannya pada waktu itu harga tiket mahal sekali. Masuk ke laman web MAS, manalah tahu boleh dapat yg supersaver ke.. jangan mimpi.. semua dah sold out.

Jadi option lain, naik KLM... dulu sebelum krisis minyak, harga tambang KLM boleh tahan la... tengok mula2 (2 bulan lepas), teragak2 nak beli sebab maseh mengharapkan Airasia ada tiket murah lain. Dari sehari ke sehari, tiket dia naik mcm share market zaman mencanak dulu... tak boleh jadi nih.. Airasia pun dah hampir sama KLM, aku terus sambar KLM... Ok la, naik Boeing 747, seat beso, ada nombor tempat duduk, makan pun ada....Luggage limit pun banyak, 20 kg.. kalau AirAsia hanya 15kg. Balik raya ni kene bawak banyak ole2 and titipan orang.... dodol je dah sekilo lebih.... nasib baik tokeh kek lapis Betawi baru beranak..  kalau tak, tambah lagi 2-3  kilo......

Bertolak sore jam 6... sampai jam 9 malam .. dari KLIA terus balik Muar.. kalau sampai awal la.. kalau tak tido kejap sana.. tunggu awal pagi balik kampung...

Feeling nak balik kampung semacam ni, mungin gara2 ... baru ni dengar lagu Allahyarham Sudirman "balik kampung" di youtube.. dan juga arus mudik di sini... para penghuni kota mulai mudik ke desa masing2... dengan naik bas, lori, mobil, keretapi, kapalaut, pesawat, motor dsb.. naik kuda je aku tak nampak....

InsyaAllah tanggal 26/9/2008 ni.. bersamaan 26 Ramadhan... aku akan sampai ke desa menemui keluarga yg dirindu.......

http://www.youtube.com/watch?v=K45XOp8G6cY

Sunday, September 21, 2008

Early morning...



Kuningan, Jakarta Selatan... early morning view .. shot from the apartment...

This is not a new photo, taken on 21/3/2008.. Now I just live in Kost... previously I stay in apartment but due to high cost of rental, services etc.. I just stay in Kost...


Posted by Picasa

Ramadhan, Terawih and where's your next Ramadhan...

A few years ago, when I was staying in Selangor, most of Ramadhan night I'll went to the mosques nearby for Terawih prayers. And I would normally saw foreigners pray together.... quite a number of them.. staying together, in their traditional dress I presume...

Then last year, I am jobless.. or in better word, in between job (ibj), my Ramadhan Terawih at Muo... best ever Ramadhan and Iddul Fitri for me.. 

Now, I am away again,..
I am the foreigner inside the mosque whenever I go for terawih, with baju kurung Johor, teluk belanga... we just don't know where's our next Ramadhan will be, or are we still alive... 

Selamat menyambut Ramadhan 1429 Hijrah...  selamat menjalani Ibadah puasa dan 10 malam terakhir... Alhamdulillah.. 

Mulakan dgn Bismillah....

I don't know, what is the first thing or idea that i wanna write...  my experience, song lyrics, politic?.. hmm too heavy I think.. and I don't have much experience to share.. 

I ask my dear friend.. any suggestion...   then simply the suggestion is.. 
Mulakan dengan Bismillah...  Yes, it's the upmost appropriate Mukadimmah...Thanks for the suggestion... 

note: I am watching EPL, Liverpool vs. Stokes.. still 0-0