Sunday, October 19, 2008

Laskar Pelangi... Terima kasih cikgu dan rakanku...


Akhirnya aku dapat nonton juga filem yg begitu popular di sini buat masa ini.... Laskar Pelangi. Sebuah filem adaptasi dari novel terkenal sekitar 2005, karya Anrdrea Hirata. Filem ini dah ditayangkan sekitar 25 November, tapi mungkin kerana terlalu ngetop... susah nak dapat tiket kalau hari minggu. Tadi aku dapat tiket pun, kira last seat... ada tinggal 3 seat kosong.

Orang Jakarta nih, kalau filem yg bagus, mereka akan menonton berkali2... ada teman aku cakap " pakcik, aku udah nonton kali ke 4... mau lagi ke 5".. aduh gawat.. kalau 30% penonton mengulang nonton 3-4 kali, gi mana aku mau dapet karcisnya (tiket). Dan filem ini temanya sesuai benar utk ditonton seisi keluarga, so kalau famili, mereka akan bawakla anak2 mereka....penuh panggung...dgn anak2..... ibubapa.. remaja dan org dewasa...

Antara tarikan kuat  aku nak menonton filem ini adalah, berdasarkan cuplikan (sedutan) di TV, bahasa yg dipakai dalam movie ini adalah bahasa Melayu Sumatera Selatan... so sebutan 'kenapa jadi kenape... kecewa jadi kecewe....dia jadi die.....kita jadi kite'. Dan ada lagu "Seroja" yg dipopularkan oleh Jamal Abdillah dan Mawi... dibawa oleh pelakon2 cilik.

Filem ini berdasarkan pengalaman peribadi sang penulis, berkenaan perjuangan kehidupan 10 anak dari keluarga miskin yg bersekolah SD dan SMP (SD tu mcm sekolah rendah... SMP itu dari form 1-3), di sebuah sekolah Yayasan Muhamadiyyah di Kabupaten Gantong, Pulau Belitung yang penuh kekurangan, kedaifan dan keterbatasan.... berdekatan propinsi Bangka. Ketua guru Pak Harfan, para guru2 Ibu Muslimah, Pak Bakri (yang akhirnya meninggalkan sekolah itu kerana mendapat tawaran di sekolah lebih bagus)... anak2 murid terdiri dari Ikal, Lintang, Sahara, Mahar, A Kiong, Syahdan, Kucai, Borek, Trapani dan Harun ( si anak cacat)

Kisah dimulai bagaimana sekolah yg daif ini diancam akan ditutup oleh departmen pendidikan negeri, sekiranya gagal mendaftarkan sekurang2nya 10 pelajar pada sesi baru sekitar tahun 70an. Bagaimana ketika Pak Harfan membuat ucapan utk menutup sekolah itu di hadapan 9 anak murid dan ibubapa, dan ketika Bu Muslimah berlari keluar utk mencari juga murid yg ke 10 setelah menanti hampir setengah hari... muncul ibu dan Harun, si anak yg kurang dr fizikal dan pemikiran... menjadi penyelamat keberlansungan sekolah daif itu.. utk sekitar 8-9 tahun lagi... 

Mulai dari itu... maka bermulala kisah sebuah persahabatan, perjuangan, pendidikan formal dan tidak formal... bagaimana sekolah yg daif dr segala segi... boleh melahirkan anak2 murid yg hebat, manusiawi...  dan menjadi dewasa.  

Dikisahkan si Lintang, anak yg genius dr segi mental arithmetik, anak sulung nelayan yg miskin (lakonan Alex Komang) yang kematian ibu.... terpaksa naik basikal ke sekolah sekitar 40km... so total 80km pergi balik. Dan dia setiap hari terpaksa berhenti di tengah perjalanan... kerana memberi lalu buaya yg bersarang di kubang di pinggir laluan dia ke sekolah... selepas buaya berlalu dan berendam dalam kubang, barulah dia meneruskan perjalanan...   Aku dulu pergi keje dr Shah Alam ke KL... naik motor bukan basikal... lalu laluan motor... takde buaya pun duduk kubang tepi jalan... dapat gaji lagi tiap bulan... maseh bersungut. Bagaimana dia kehilangan ayahnya ...di tengah lautan... tatakala dia menang kuiz antara sekolah... Akhirnya dia terpaksa berhenti sekolah utk menyara adik2nya yg maseh kecik... sebab dia anak sulung, dia terpaksa meneruskan hidup dan menjadi nelayan seperti ayahnya.... Anak yg paling pintar, dan yg paling bersemangat utk bersekolah, dan coba datang paling awal... tapi akhirnya menjadi murid yg pertama terpaksa berhenti sekolah.. akibat desakan hidup...

Kisah cinta pertama antara Ikal (penulis) dan A Ling, sepupu A Kiong... A Ling anak tokay kedai Cina kat kampung... kali pertama Ikal ternampak jari A Ling, ketika beli kapur tulis sekolah.... selepas itu dia menawarkan diri utk beli kapur tulis....siap menulis puisi cinta utk A Ling.

Kisah Mahar, si anak kecil yg memiliki bakat istimewa ... dalam bidang seni, dan sentiasa ada radio bergantung di lehernya.... bukan radio kecik.. radio transistor yg besar zaman 70an. Setiap kali baterinya lemah..... dia jemur atas bumbung rumah.... taktik sama aku guna dulu utk panjangkan hayat bateri... maklumla.. dulu mana ada duit nak beli bateri. Mahar ini la yg menyanyi lagi Seroja.... aku pun baru tahu lagu ni dulu dibawa oleh Said Effendi, penyanyi50-an  kelahiran Besuki, Jawa Timur. Tapi anehnya, dalam panggung tu.. aku rasa aku sorg kut yg menyanyi ikut lirik lagu tuh.... penonton lain macam terdiam dengar lagu tu... tapi jadi gamat bila lagu Rhoma Irama.. Malam Minggu.. berkumandang... waktu bila Ikal nak dating dgn A Ling, dgn bantuan A Kiong.... kelakar tengok.

Kisah Kucai, ketua kelas, yang tak tahan dgn perangai rakan sekelasnya yang digambarkan macam setan... dan mahu berhenti jadi monitor kelas.... dgn nasihat Bu Muslimah, dia tetap menjadi monitor.... 

Bagaimana waktu musim cuti sekolah panjang.. si Lintang menjadi nelayan membantu ayahnya, si Kucai membantu ayahnya yg kerja di lombong timah, si A Kiong tolong jaga kedai runcit.... Cuti sekolah, budak2 ini bekerja membantu keluarga... bukan relaks mcm sekrg...

Watak Bu Muslimah seorang guru wanita yg cantik, single, muda... tapi sanggup bersusah payah utk mengajar di sekolah yg sangat daif dgn segala kekurangan.... seorang guru yg pintar dan kreatif, bagaimana waktu sekolah lain menggunakan kalkulator utk menghitung... dia mengajarkan anak murid menggunakan batang lidi utk mengira.... kerna ketidakmampuan sekolah... seorang guru yg mengajar kerna tanggungjawab, mungkin kerana sekolah itu diasaskan oleh arwah ayahnya... dan satu2nya sekolah Islam di Belitung.

Watak Pak Harfan, sekolah ketua sekolah.. yang sangat luarbiasa ketenangannya... sabar... sangat dedikasi dgn kerjayanya... bagaimana dia waktu berhujah dgn sahabat lamanya yg bertanya kenapa maseh bertahan di sekolah yg usang dan hampir tiada murid... dia menjawab... sekolah ini mengajarkan pelajarnya dgn hati... bukan materi...  dan sahabatnya akur.. kerana mereka dari pendidikan sekolah Muhamadiyyah. Pak Harfan terus mendidik sehingga ke akhir hayatnya...  tersungkur di meja usangnya....

Terlalu banyak pengajaran dari filem ini...  ramai orang yg menonton filem adaptasi novel, adalah datang semata2 utk membandingkan dgn novel atau sekurang2nya mencari2 kekurangan filem berbanding gambaran minda yg sudah tertulis setelah membaca novel....  kalau itu tujuannya.. akan hilang manisnya sesuatu filem itu.... kita akan menjadi pengkritik filem yg tak digaji...  Ini terjadi pada aku apabila menonton filem Da Vincci Code setelah membaca novelnya... itu aku dah baca sekitar setahun kut... baru filem keluar... Pengajarannya, aku tak akan baca novel, kalau aku dah nonton filem.. atau aku akan baca novel, dah tak akan nonton filem...... atau aku tak akan buat kedua2nya.. kalau cerita tak sedap... nak buat apa buang masa...hehehe

Filem ini mengikut pandangan aku... selain dari penulis mahu menceritakan perjuangan dari sudut pendidikan dia dan teman2nya... dia mahu melahirkan rasa terima kaseh dan terhutang budi... dgn guru2nya yg hebat... Bu Muslimah... Pak Harfan... dan sahabat2nya... Kalau bukan Harun mendaftar sebagai pelajar ke 10, mungkin penulis tidak akan bersekolah, kerana ketiadaan sekolah utk anak miskin... Kalau bukan Lintang yg terus datang  ke sekolah dan memberi semangat kepadanya selepas kematian Pak Harfan dan Bu Muslimah putus semangat,  dia mungkin tak pergi sejauh Sorbone, Perancis utk melanjutkan pelajaran... 

Dan penulis juga menyindir pemerintah yg tidak mempedulikan pendidikan org miskin, apabila mereka ... anak2 org tak kemampuan, terpaksa bersekolah di sekolah yg dhaif dan miskin.. di salah sebuah pulau yg paling kaya di Indonesia... kaya dgn hasilbumi timah. Bukan tidak ada sekolah di sana, tapi sekolah yg ada memakan biaya yg sangat besar... sehingga tidak termampu oleh ibubapa si Ikal, Lintang, Kucai dsbnya.... disebabkan desakan hidup, ramai yg tidak menghantar anak ke sekolah dan rela membiarkan anak2 mereka menjadi kuli di lombong timah... untuk membantu keluarga....

For me... this is a good film, highly recommended... utk tontonton sendiri, bersama keluarga atau sama pacar... 

No comments: