Friday, October 17, 2008

Demam Kepialu.. Typhoid fever

Ma assalam sahabat...

Ini sekedar information sharing berdasarkan pengalaman aku sewaktu aku diserang demam kepialu di sini pada tahun 2006 dahulu. Kalau ada teman2 yg dari bhg perubatan, silalah komen. Mungkin pada waktu itu, aku baru start keje keluar ... aku expect semue sama mcm kat negara kita. Makan kat warung2 pinggir jalan kira biasalah... ditambah minum air es. Sedap jugak makanan pinggir2 jalan kat sini.

Walaupun ada kawan dah nasehat awal2, hati2 makan.. aku belasah je.. sedap punya pasal. Akibatnya aku kena penyakit yg sebelum ini jarang kita dengar kat sana...  demam kepialu atau tifus dlm bahasa sini.
 
Simptomnya yg paling ketara, ceret-beret tak henti2.. berlarutan sampai seminggu... nasib baik aku byk keje kat kantor buat planning.. kalau ke site.. naya aku. Kalau ceret-beret biasa, dlm sehari dua apabila toksin yg ada dlm perut hilang, dia akan sembuh sendiri. Yang ini aneh... tak henti2... puas minum Pocari Sweat (kira mcm 100 Plus la) utk kembalikan body fluid yg hilang. Keduanya, demam panas.... disertai sakit kepala...  Aku rasa pelik, sakit apa nih, ceret beret + demam + sakit kepala.. demam dia pun kira macam turun naik.. siang OK.. malam demam.. menggigil.  Dan ada titik2 merah timbul kat tangan dan lengan. Sah kene denggi ni... pada fikiran aku la. Aku tanya kawan aku, dia pun syaki denggi gak. 
 
Tubuh aku semakin lemah,.. sehari boleh dekat 10 kali ceret beret... aku makan Chi Kit Teck Aun, tak jalan.... makan Imodium, tak jalan... makan arang hitam, tak jalan gak. Parah ni...last2 aku ke salah satu hospital swasta di sini...  dahlah mahal, bagi obat macam2 .. satu karung plastik beso...  tak mujarab pulak tu. 

Kebetulan aku kene perbaharui Visa, .... dlm flight pun perut meragam semacam je...  masa beratur kat Embassy kat KL utk proses Visa, aku nyaris pengsan... tak jadi aku buat Visa. Aku tahan taxi, terus ke Pantai Medical Center. Doktor check aku... tanya aku keje mana... dia suspek demam kepialu...  dia bagi aku ubat antibiotik yg power..  full spectrum antibiotic Ciprobay fr Bayers... dia akan bunuh semue bakteria yang ada.. tapi ada side effect... selepas makan akan rasa pening dan hilang balance. Betul, aku makan kat situ gak... bila waktu nak balik ke hotel, kat lobi hospital tu gak aku rasa high satu macam... tak larat jalan, aku duduk je kat kerusi dari jam 11am sampai petang.... Power ubat nih. Aku kira dah okay la...

Apabila sampai hotel, malam tu.. perut aku buat hal lagi... ceret beret byk kali sampai pagi...dalam hati aku, apa punya rawatan ni... tak berkesan pun...   Mujur aku teringat, aku pernah ke Hospital Pakar Shah Alam dulu, sebab aku sakit di bhg dlm hidung, terutamanya setiap kali sujud.. mcm nak tercabut mata. Aku pernah jumpa Doktor Pakar apa nama dia.. aku lupa pulak... dia diagnose... bagi ubat sikit je.. suruh aku spray dlm hidung aku. Alhamdulillah, dlm tempoh 2 hari dah kurang, 3 hari terus pulih. Doktor tu bilang, ada jangkitan di bhg rongga hidung aku, so ada lebihan bendalir dlm tu... tu yg bila sujud sakit.. sbb dia bertakung di bwh. Maklumla, hidung kita ni.. semue mcm udara punya kualiti dia sedut.

Berbalik ke sakit aku tadi... hospital ni ada rekod aku, so nurse tu tanya nak jumpa doktor pakar tu balik tak.. aku jawab, yes. Banyak gak pesakit, so selepas tunggu dekat 1 jam lebih.. aku masuk. Doktor tu tanya aku ada ke mana2 ke dlm 2-3 hari lepas... aku jwbla aku keje sini. Dia run check, tengok simptom.. and dia saspek 3 penjahat... Denggi (sbb demam dan ada spot2 merah kut, Malaria and Kepialu. Utk kepastian kene run blood test.  Aku ckp, aku dah ke hospital semalam, tapi tak run blood test la. Dia ckp dia tak akan run Typhoid test, sebab mahal...  Sebelum ni aku dah cakap.. rawatan ini aku bayar sendiri.. so dia faham2la.  Maka, lengan aku dicucuk la, diambil sampel darah.. dah lama gak takde jarum beso cucuk lengan aku... ngeri gak.. nasib baik nurse yg buat, muda.. cun pulak.. heheheh. 
 
Selepas dlm sejam kut... keputusan test darah keluar... hasilnya, negative for dengue and negative for malaria. So doktor ni saspek, takde penjahat lain... kepialu..  dia bagi antibiotik full spectrum Ciprobay... and dia kata obat ini mahal.. so dia akan bagi sikit je.. tengok keputusan after 1-2 hari.. kalau maseh takde kesan positive.. aku mungkin kene masuk wad. Obat ni dia bunuh semue bakteria, dgn sasaran penjahat utama Salmonella. Aku balik hotel, dgn rasa yg lebih konfiden... malam itu aku makan obat tu... terus rasa high... esok pagi maseh ada ceret beret sikit.. makan lagi ikut dos yg disarankan.. high lagi.. Alhamdulillah.. hari kedua, aku dah pulih... berbotol2 air 100 Plus aku minum. The next day aku buat Visa.
 
Dan utk pengetahuan, kos rawatan aku dgn doktor pakar Shah Alam tu, dengan blood test, obat... 1/3 dari kos rawatan aku kat sini.. dahla doktor biasa.. tak berkesan pulak tu.


Demam Kepialu disebabkan oleh bakteria Salmonella enterica. Penyakit ini boleh ditemui di seluruh dunia dan berjangkit melalui makanan dan minuman yg tercemar oleh najis.

Berikut adalah simptomnya:
  • Demam tinggi yg meningkat secara perlahan (39 - 40 Degree Celcius)
  • Tubuh menggigil
  • Ceret beret yg berterusan
  • Sakit kepala
  • sendi2 rasa sakit
  • tubuh terasa lemah
  • dlm kes tertentu, timbul tanda2 bintik merah di tubuh
Berikut adalah saranan utk menghindari sakit ini:
  • Elakkan makan dan minum di warung2 atau kedai2 makan yg tidak bersih
  • Elakkan minum air ais. Kalau nak minum minuman dingin, mintak air botol yg memang dah dingin. Kerana kerbersihan aisnya tak terjamin.
  • Elakkan minum air paip, di negara yg berisiko.. walaupun dimasak. Minum air minuman botol.
  • Selalu mencuci tangan dgn sabun selepas ke tandas.
  • Bacala doa banyak2 sebelum makan....
macam tuan doktor pulak aku



2 comments:

Unknown said...

Sallam,

Tak extra care Hepatitis B, banyak di Indonesia. Setakat ini tak ada cure. Virus lebih kurang macam HIV.

Sekarang ada vaksin, pada waktu kita tak termasuk vaksin dalam package vaksin (waktu sekolah). Mungkin boleh ambil nasihat dari doctor sini.

Zharif said...

Best cerita ni.
Boleh copy paste dan edit tak? Nak buat bahan belajar.
-3rd Year M.D. Student.