Monday, September 22, 2008

Berbuka Puasa di Pejaten Barat

Semalam aku dpt sms dari Pak Nazrin, mengundang keluarga karyawan NSN Malaysia untuk jamuan berbuka puasa dan solat terawih di kediamannya. Mulanya aku ingat majlis tu diadakan semalam, maklumlah dah lama tak rasa masakan Malaysia. Dah siap nak pergi, tengok tanggalnya rupa2nya malam Ahad, kecewa kejap. Tak apa, tak lari gunung dikejar.

Hari ini, jam 5 sore, aku dgn teman ke rumah Pak Nazrin, naik taxi... mula2 agak lupa and keliru arah ke rumah dia... kena bertanya kat orang tepi jalan dan Satpam. Kira2 jam 30 minit sampai ke rumah dia. Teman2 yg lain dan keluarga masing dah ada menunggu di sana. Ternyata penantian aku tak rugi, ada macam2 makanan Malaysia,  ada mee goreng, bihun, asam pedas, sambal tempoyak, ayam goreng rempah, dan kuih-muih. Ada air kelapa dingin lagi. Azan bergema di RCTI, tak tunggu lama terus menjamu selera. Selepas itu kami mendirikan solat Maghrib berjemaah dan solat Terawih dipimpin oleh Ustaz (aku lupa pulak nama dia, aku dah tanya dah). Ustaz tu student Malaysia kat sini, ada 2 tahun lagi di sini katanya sebelum tamat pengajian.

Dan selepas tu, sesi berborak2 bagi org tua2 dan main bungapi bagi bebebudak... walaupun ada orang tua jugak yg main kembang api. Bila berborak, masuk topik tentang Malaysia.... rasanya sampai esok pagi pun tak habis. Rata2 menyatakan kebimbangan tentang situasi di tanahair... mungkin dlm generasi kami yg rata2 usia 30an .. belum pernah rasanya ada rasa kegusaran yg begitu mendalam terhadap situasi di seberang laut sana. Mungkin kami lebih memikirkan apa yg generasi akan datang hadapi, apa yg anak2 kami akan lalui dgn keadaan kegawatan dan ketidaktentuan politik tanahair.... keadaan ekonomi yg kurang stabil dan kos sara hidup yg sentiasa meningkat... yg aku nampak, generasi dulu lebih mempunyai sifat menghromati antara kaum yg tinggi dan sifat toleransi yg positif....

Jam U-Boat tiruan dah menunjukkan 1130 malam, waktu untuk pulang.... kerna esok kami harus bekerja ..  Terimakaseh banyak Pak Nazrin sekeluarga kerana undangannya....
 waktu dlm mobil masing2 masih memikirkan apa yang akan jadi dengan tanahair kita... 


Semoga Allah menyelamatkan Malaysia....

note: tuan rumah ada menitipkan bekalan untuk sahur.... taklah aku makan roti lagi... dan aku akan insert foto budak main bungapi... tapi tak berapa cun.. sbb pakai camera phone...N77...kalau pakai N95 aku... cun jugak.. N95 tu tertinggal kat kampung pulak

No comments: